Thursday, January 14, 2010

PARADOKS

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke 82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 telah mencapai keputusan seperti berikut :

“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur

penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Institusi penting umat Islam ini mesti mempunyai pendokongnya. Ianya tidak boleh terlalu remote daripada umat. Di khuatiri lambut laun nanti ianya detach daripada umat. Keputusan yang dibuat mesti dipastikan mengakar di kalangan umat. Ianya tidak boleh hanya dihebahkan ketika sesuatu isu berlaku.

-------0000-------

Rasulullah s.a.w lebih 1430 tahun silam, ketika berhadapan dengan kedegilan delegasi agama nasrani yang terusan ingin menyamakan tuhan mereka dengan Allah s.w.t. Hanya dengan ditemani oleh putri, dua orang cucu serta menantu baginda, Rasul s.a.w mengajak mereka melakukan mubahalah.
Tiada hujjah ilmiah, bedah kitab atau debat panjang lebar. Begitulah keberanian dan kehebatan manusia Agung yang tidak teragak-agak mempertahankan kesucian Tuhan yang di imaninya dari diperlekehkan.

Keputusan Mahkamah Tinggi memperlihatkan kekalahan psikologi umat Islam. Kalah di home ground bukan di mahkamah antarabangsa atau di United Nation. Negara yang di sebut Negara Islam. Islam sebagai agama rasmi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sejauh mana sensitivity dan keprihatinan umat Islam terhadap isu ini. Masih ada yang tidak ambil peduli seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Business as usual, hantar anak sekolah di awal pagi, dan bersesak-sesak pergi kerja . Mahasiswa-mahasiswi sibuk dengan assignment dan aktiviti harian mereka. Manakala bloggers juga sibuk menampilkan cerita peribadi dan aktinviti mereka. Amat kecil yang membahas, membincang atau membantah isu ini. Apa kalimah Allah tidak membawa apa-apa makna kepada kehidupan seorang Muslim? Apa kalimah Allah tidak signifikan dalam peristilahan bahasa Melayu?

Apa kah kita mau melihat nama "Allah" dijadikan subang, loket atau accessories sebagaimana yang selalu kita lihat dipakai oleh selebriti dan artis Nigers antarabangsa. Dari saiz kecil sampai ke saiz yang besar. Dari yang simple sehingga ke bentuk sophisticated. Apa perasaan kita sekiranya melihat nama "Allah" dibawa ke tandas, diletakkan di tempat yang hina dan yang tidak sepatutnya?

Umat Islam telah dikalahkan melebihi hatricks. Tidak lama dulu pelajar sekolah berserban dikalahkan di mahkamah. Yang mengkibatkan mereka terpaksa membuka serban atau tinggalkan sekolah. Muslimah berpurdah juga kalah dalam pentas perundangan. Terang-terang menampakkan paradox, Islam sebagai agama rasmi Negara. Human rights atau hak kemanusiaan hanya untuk siapa sebenarnya? Walaupun agama Persekutuan adalah agama Islam namun pada hakikatnya di Malaysia yang selalu mendapat keutamaan ialah agama bukan Islam.


No comments:

Post a Comment