Saturday, July 24, 2010

SEMINAR KARYA AGUNG ULAMA & ILMUAN ISLAM ALAM MELAYU

Seminar diresmikan oleh Prof. Madya Dr. Kassim, TNC UMS.

Fokus dan Optimis



Penyampaian Cenderahati oleh Abu Bakar Ongkosing, wakil Presiden CONCERN.
Prof Madya Arsiah Borhan sedang menerima cenderahati.

Bersama Memperkasakan Islam Di Sabah



Buku Program





Sunday, July 11, 2010

TAKZIAH BUAT KELUAGA UST HJ NAHAR


Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) mengucapkan takziah kepada Keluarga Ust Hj Nahar Hj Matamin atas pemergian allahyarham. Semoga Allah meletakkan Allahyarham di kalangan orang-orang yang Soleh, AL-FATIHAH

Sunday, July 4, 2010

SAHABAT TURUT SERTA PAMERAN MTQ

Timbalan Presiden dan Setiausaha SAHABAT sedang menantikan kedatangan tetamu pameran


Bersempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53. Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) sebagai Unit Saudara Baru di CONCERN turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai booth pameran MTQ.


SAHABAT seperti sebelumnya cuba mengetengahkan aktiviti mereka terutamanya Program Pengajian Teratak Fitrah mereka. SAHABAT juga ada membuat pameran dan jualan hasil jahitan yang mana kursus jahitan tersebut pernah di kendalikan sendiri oleh SAHABAT dengan kerjasama agensi lain.


SAHABAT juga sempat di temuramah ON AIR oleh Radio Televisyen Malaysia,SabahFM bagi mempromosikan lagi SAHABAT. SAHABAT mengharapkan dalam sedikit masa lagi, SAHABAT akan dapat mambantu para Mualaf yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan, InsyaAllah....

PAMERAN CONCERN

Ust Firdaus Said Sedang Memberikan Penerangan Berkaitan Aktiviti CONCERN Kepada Datuk Arifin Mohd Arif, ADUN N24 Membakut sambil di saksikan oleh En. Najal Punjung

Sempana Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53. CONCERN sempat turut serta membuat pameran di ruangan booth yang telah di tetapkan oleh pihak penganjur. CONCERN bermula sehari awal sebelum Majli Tilawah bermula.

Booth CONCERN mempamerkan apakah sebenarnya CONCERN dan mempromosikan NGO-NGO di bawahnya. CONCERN juga mempromosikan aktiviti utamanya iaitu kutipan dana untuk membina Masjid Daerah Penampang. Alhamdulillah, booth CONCERN mendapat sambutan yang menggalakka.
Ramai tetamu yang singgal ke Booth CONCERN, daripada orang kenamaan, orang kebiasaan dan juga kanak-kanak. Ramai juga yang tertarik hati untuk menyumbang sedikit wang untuk mencapai misi berdirinya Masjid di daerah Penampang.
Apa pun, program begini sungguh bermanfaat untuk CONCERN kerana terdapat ruang untuk orang ramai mengenalai dengan lebih dekat lagi apakah itu CONCERN. CONCERN mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana kerana sudi menjemput kami untuk membuat pameran di sana. Semoga dengan kerja yang sedikit ini akan menjadi asbab hidayah ke seluruh alam.

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-53

KOTA KINABALU 3 Julai – Qari Wilayah Persekutuan, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan qariah Johor, Norazrah Ayub masing-masing muncul johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-53 di Dewan Saadah, Wisma MUIS di sini malam ini.

Seramai 29 peserta mengambil bahagian dalam tilawah tersebut yang bermula Selasa lalu.

Wan Ainuddin yang memperoleh markah 82.01 peratus menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, cenderamata, pakej haji dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah.

Norazrah yang menerima 79.34 markah turut menerima hadiah sama yang disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar.

Sementara itu, peserta Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali muncul naib johan qari selepas memperoleh 79.66 markah, diikuti Othman Azumi Ahmad dari Kedah di tempat ketiga dengan 79.33 markah.

Bagi kategori qariah pula, Nor Ruzana Natiah Jaafar dari Selangor mendapat tempat kedua dengan 79.33 markah sementara Normalina Alias dari Wilayah Persekutuan di tempat ketiga dengan 77.66 peratus markah.

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan RM5,000, cenderamata dan sijil penyertaan.

Keputusan tilawah diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim Tilawah, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
-UtusanOnline, 3 Julai 2010-