Monday, December 13, 2010

kita masih ketinggalan?


Ramai yang menuduh agama Islam adalah agama yang ketinggalan zaman, sebab banyak negara Islam mundur dan rakyatnya miskin. Sebetulnya sangat tidak adil untuk menilai Islam dengan minilai umat atau negara Islam dimana diambil contoh negara-negara Islam yang mundur dan rakyatnya miskin dan menafikan negara-negara Islam yang moden dan rakyatnya makmur. Kemunduran atau kecemerlangan dalam Islam bukan dilihat daripada segi material semata tetapi mempunyai satu sukatan tertentu seperti tersebut dalam ayat di bawah ini :
Sesungguhnya nikmat kesenangan syurga adalah sebenar-benar kemenangan yang besar (As-Shaaffaat 37).
.
.
Dalam masa yang sama apabila melihat negara bukan Islam adalah diambil contoh negara kristian atau agama lainnya yang maju dengan menafikan negara-negara yang mundur. Sebagai contoh apabila menilai negara islam maka akan dirujuk negara somalia, Afganistan dan Iraq yang mundur dan rakyatnya miskin disebabkan peperangan yang berterusan. Sedangkan terdapat negara Islam yang maju dan makmur seperti Saudi Arabia, Malaysia dan Brunai Darussalam.
.
.
Begitu sebaliknya apabila merujuk negara kristian maka akan dirujuk negara Eropah yang maju dan menafikan negara-negara kristian yang mundur seperti Filipina,dan negara Afrika. Bagitu juga negara Budha maka akan dirujuk negara Hong Kong dan Singapura dengan menafikan Thailand dan kamboja. Dalam meinlai negara Hindu pula akan dirujuk Bombai dengan menafikan Bangladesh.
Sebenranya Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya untuk maju dan berjaya. Buktinya sains yang ada dalam Qur'an selaras dengan sains moden hari ini, padahal masa Islam turun belum ada teknologi secanggih hari ini tetapi Islam telah mencapai kejayaan tersebut. Kemudian Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk mencapai kejayaan seperti disebutkan dalam laungan azan :
Haiya lah Shalah ....Mari menuju kejayaan.
Tidak dinafikan ada sesetangah masyarakat atau negara Islam yang mundur itu sebab mereka tidak mahu mengamalkan ajaran islam bukan disebabkan oleh ajaran Islam. Bahkan umat islam yang mengamalakan Islam secara menyeluruh lebih berjaya. Begitu juga agama lain juga mempunayi umatnya nyang mundur dan tidak berjaya. Islam cukup menggalakkan kemenangan seperti tersebut dalam ayat di bawah :
Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada pada diri mereka (Ar-Ra'ad 13;11).

.
.
Sungguhpun demikian umat Islam tidak akan berubah selagi mereka tidak mahu berusaha untuk merubahnya. Allah memberikan peluang yang sama untuk berjaya adakah Muslim atau bukan Muslim dengan syarat berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut. Sungguhpun demikian Allah telah melantik umat islam sebagai umat yang terbaik seperti disebutkan dalam ayat di bawah :
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu mengajak kepada berbuat baik, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah (Ali-Imran 3;110).
.
.
Posted by Faisal Abdurrahman at 12:00 AM