Wednesday, April 28, 2010

HIDAYAH TRAINNING CENTRE SABAH


Hidayah Centre adalah sebuah pusat perlindungan dan bimbingan saudara baru hasil inisiatif yang di ambil oleh Jawatankuasa Dakwah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia pada November 2005. Ia merupakan sebuah pusat sepenuh masa yang dioperasikan sebagai salah satu usaha kebajikan JIM. Kumpulan sasarnya adalah saudara baru yang berhadapan dengan masalah keluarga dan sosial dan memerlukan tempat perlindungan.

Ketika ini Hidayah Centre sedang dalam proses untuk mewujudkan Hidayah Training Centre (HTC) di Negeri Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Hidayah Training Centre adalah sebuah badan yang akan menganjurkan Program Latihan Lanjutan untuk dijadikan sebagai pelapis dakwah khususnya di kalangan Saudara Baru.

Program Latihan Lanjutan ini dicadangkan bermula pada bulan Jun 2010 dan terbuka kepada mereka yang Saudara Baru, Berumur 18 tahun keatas, memiliki SPM, boleh membaca Al-Quran dengan baik dan berminat untuk menjadi seorang pendakwah. Program ini akan dijalankan dalam tempoh 3 Bulan Sepenuh masa.

Program Latihan ini akan membekalkan peserta dengan segala keperluan yang diperlukan oleh seorang pendahwah. Akan di dedahkan dari segi teori agama dan praktikal. Antara yang akan di ajar dalam program ini seperti, Asas Agama, Fiqh Dakwah, Maqasid Fiqhiah, Ulumul Hadith, Ulumul Quran, Kristianiti dan Animisme, Perbandingan agama, Kepimpinan, Pengurusan Masa, Multimedia dan beberapa sabjek lagi. Peserta juga akan di bawa turun kelapangan untuk berdakwah secara praktikal di Pusat Membeli Belah dan di Tempat2 Awam.

Diharapkan setelah 3 bulan peserta didedahkan dengan segala keperluan berdakwah. Peserta ini boleh bergerak dalam dakwah sepenuh masa. Buat masa ini Hidayah Training Centre dengan dalam proses mencari peserta dan penyediaan prasarana. Untuk meklumat lanjut, sila hubungi :-

Hidayah Centre,
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia,
Lot 300.3, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati, 53100 K.Lumpur.
Tel: 03- 41089669
Fax : 03-41071754
Emel : hidayah.centre @ gmail.com

Thursday, April 1, 2010

Majlis Taaruf oleh Biro Mualaf Concern




CONCERN melalui Biro Mualaf CONCERN yang diselaraskan oleh Pertubuhan SAHABAT akan mengadakan Majlis Suaikenal (Taaruf) pelajar-pelajar baru (mualaf) yang akan diadakan pada sabtu, 3 April 2010, 8am di Pusat Kecemerlangan Islamiyah SAHABAT (Kelas Teratak Fitrah), Sembulan. Dianggarkan seramai 40 orang pelajar baru akan mendaftar diri. Majlis tersebut akan diresmikan oleh Ustaz Sinan Jaafar, Penolong Pengarah JHEAINS. Antara pengisiannya ialah suaikenal, tadarus, nasyid dan taklimat pengajian. Presiden SAHABAT, En. Abu Bakar Ongkosing akan memberi ceramah motivasi pada majlis tersebut.