Sunday, December 18, 2011

MESYUARAT CONCERN

Tn. Sanuri Yamin .... semua dijemput hadir

RESOLUSI

RESOLUSI KONVENSYEN PENDAKWAH NEGERI SABAH KALI KE 4
Tema : “KE ARAH MEMBANGUN GENERASI PEWARIS DAKWAH”
Tarikh : 13 November 2009/ 25 Zulkaedah 1430H
1. Memandangkan situasi perpecahan ummah serta kecelaruan pemikiran yang timbul di kalangan masyarakat Islam masa kini, maka konvensyen ini menyokong penuh amalan agama yang diamalkan sejak turun temurun di Negara ini yang berteraskan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah serta menolak sebarang fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah.

2. Mempergiatkan pencarian calon pelapis-pelapis dakwah dari segenap pelusuk negeri berteraskan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

3. Mempertingkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa-bahasa etnik di kalangan para dai’e untuk mempercepatkan usaha-usaha ke arah melahirkan pendakwah-pendakwah di kalangan etnik-etnik di negeri Sabah bagi membolehkan paradigma pemikiran lampau dapat diubah.

4. Mencadangkan agar dilaksanakan muzakarah agama di peringkat negeri secara berkala.

5. Menggerakkan fungsi sebenar penyelidikan dan penyaluran maklumat secara bersepadu di kalangan agensi agama.

6. Mencadangkan agar JHEAINS berperanan sebagai agensi peneraju (Lead Agency) dalam penyelarasan aktiviti-aktiviti keagamaan di kalangan agensi agama dan NGO Islam.

7. Memandangkan bahawa USIA adalah badan Islam yang ulung dan tertua di Negeri Sabah, maka adalah dicadangkan agar USIA berusaha ke arah merealisasikan penubuhan Pusat Dakwah.

8. Memperkasakan Pusat Latihan Dakwah sedia ada atau membina pusat latihan khusus yang baru bagi saudara baru.

9. Menggesa semua agensi agama dan NGO Islam bersatu dalam menangani sebarang isu agama melalui media serta mengadakan kempen kesedaran Islam secara berterusan.

10. Menggesa pihak kerajaan pusat untuk menyalurkan bantuan berbentuk dana kewangan kepada agensi-agensi agama serta NGO Islam Negeri Sabah bagi memperkasakan syiar Islam di Sabah sesuai dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada kerajaan di samping mengesyorkan penubuhan rangkaian koperasi dakwah di setiap daerah oleh badan-badan dakwah daerah.

11. Mencadangkan agar kerajaan pusat melalui JAKIM dapat membina pusat-pusat komuniti dan latihan khusus saudara baru bagi memartabatkan komuniti dan kebajikan saudara baru di Negeri Sabah.

Wednesday, December 14, 2011


on Sabtu, Juni 18, 2011
"Assalamualaikum wr.wb Saya selaku admin dari blog ini, kembali menulis postingan di blog ini, setelah beberapa minggu blog ini sempat terabaikan, akibat rutinitas yg admin alami
Pada postingan kali ini admin akan menyinggung tentang Persatuan Umat Islam. Seperti yg telah kita lihat beberapa minggu belakangan ini,, banyak sekali konflik dan peselisihan antar umat Islam terutama di Indonesia. Baik itu kepentingan pribadi maupun kepentingan kelompok, ada yg dipicu oleh kepercayaan masing2 individu/kelompok, ada jug ayg dipicu permasalahan sepele. Pada postingan kali ini admin akan fokus pada perselissihan/konflik umant Islam yg dipicu oleh kepercayaan masing-masing kelompok. Sebenarnya peselisihan dan perpecahan yg terjadi pada umat Islam telah diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW. Hadist tersebut diriwayatkan oleh Abu Hurairah, artinya: "Bangsa Yahudi telah terpecah menjadi 71 golongan, kaum Nasrani telah terpecah menjadi 72 golongan, dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk neraka, kecuali satu". Kemudian para sahabat pun bertanya: "Siapa mereka ya Rasulullah?". Rasullah menjawab: "Mereka yang mengikutiku dan sahabat-sahabatku". Tapi admin sampai sekarang belum menemukan, hadist yg menjelaskan secara detail, tentang jenis2 dan spesifikasi dari golongan2 yg disebutkan di hadist di atas. Di zaman ini, banyak sekali perpecahan yg terjadi di kalangan umat Islam. Terlihat dengan banyaknya aliran-aliran sesat dan menyimpang yg sering diberitakan di media masa. Masing-masing kelompok yg menganut suatu aliran, saling men-judge, aliran lain yg tidak sejalan dengan aliran "mereka" sebagai aliran sesat . Tapi aliran yg mereka anut sendiri belum terbukti kebenarannya. Sebagai contoh, (admin mengambil contoh dari aliran sesat yg admin lihat di televisi) ada suatu aliran yg menyatakan pengikutnya, tidak perlu melakukan Solat dan ibadah puasa. Dan mereka yg menganut aliran ini, beranggapan bahwa orang2 yg tidak sejalan dengan "mereka" adalah sesat. Bukannya aliran "mereka" itu yg sesat, yah? .

Dan masih ada beberapa aliran sesat yg lainnya. Tapi, terpecahnya umat Islam ke dalam golongan2, bukan hanya oleh aliran sesat. Tapi juga bisa disebabkan oleh bermacam-macam keompok. Kelompok yg dimaksud di sini adalah kelompok yg tidak sesat, tapi memiliki aturan yg berbeda pada masing2 kelompok dalam menerjemahkan isi Al-Qur'an, dan Hadist.
Perpecahan dalam umat Islam memiliki efek yg sangat buruk, dengan perpecahan, umat Islam bisa saling bertarung dan saling menghancurkan satu sama lain. Dan bisa mengurangi kekuatan umat Islam. Apalagi di zaman ini, zaman di mana politik adu domba menjadi sangat diminati oleh negara2 adidaya, Seperti Amerika dan tentunya zionis israel. Israel sangat senang jika umat Islam saling bertarung satu sama lain. Seperti yg terjadi beberapa tahun yg lalu kepada saudara2 kita di Palestina. Ketika Hamas dan Fatah berselisih dan berjuang sendiri-sendiri dalam usaha melawan Israel. Tetapi ketika Hamas dan Fatah, mulai berunding dam ber-rekonsiliasi dalam upaya usaha melawan israel. Negara zionis itu mulai cemas dan mengecam pertemuan antara Hamas dan Fatah yg diadakan beberapa minggu yg lalu dan rencananya kan diadakan kembali hingga kedua kubu tersebut bersatu. Nah, disinilah point penting dari persatuan umat. Persatuan umat Islam bisa kita gunakan dalam melawan golongan2 yg ingin menghancurkan Islam. Dengan persatuan pula negara kita bebas dari penjajah. Sedangkan jika perpecahan terus terjadi di antara umat Islam, maka bangsa2 seperti zionis dan golongan2 lain yg ingin menghancurkan Islam, akan tertawa dan senang jika kita saling menghancurkan, saling membunuh satu sama lain.
Oleh kita harus tetap mengikuti ajaran yg benar dari Al-Qur'an dan Hadist dan jangan terpengaruh oleh berbagai ajaran sesat yg beredar. Dan jangan pula kita bermusuhan sesama umat Islam. Kita yg memilih, kita ingin membuat para zionis-zionis itu senang melihat kita saling bermusuhan, atau kita ingin melawan mereka dengan tetap bersatu dan tidak mudah terpecah belah oleh permainan dan intrik mereka. Sekian postingan dari admin, apabila ada kesalahan mohon dimaafkan. Wassalammualaikum wr. wb"

diambil dari Web:

ANAK LUAR NIKAH


Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010. Timbalan Menteri berkenaan, Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570). Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial. “Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu. Heng berkata, enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup. “Program ‘outreach’ yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011,” katanya. Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid ShirlinTimbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lepas. “Setakat ini kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut,” katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa). Rosnah berkata usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal. - Bernama , www.malaysiakini.com

MESYUARAT CONCERN


MESYUARAT GABUNGAN NGO ISLAM SABAH PADA SABTU, 17 DIS 2011, 9 PAGI. Di Pejabat ABIM Sabah. (Berhampiran PTPL, Grace Villa & Tugu Double Six Sembulan).

SEMUA NGO YANG BERKENAAN DIJEMPUT HADIR