Sunday, January 20, 2013

MUZAKARAH CONCERN


Ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Sainuri Yahmin, Pengerusi CONCERN.


Ucapan perasmian oleh Ust. Sakaria Samela, Ketua Pendakwah JHEAINS.








Pembentangan oleh Dr. Aliakhbar Gulhasan.  Kertas Kerja bertajuk Kajian Kes Harga Rumah Yang Tinggi di Negeri Sabah dan Kesannya Kepada Masyarakat Islam Setempat.

Tuesday, January 15, 2013

ANTARA FIKRAH DAN UKHWAH



ANTARA FIKRAH DAN UKHWAH

Fikrah dan ukhwah adalah perkataan bahasa arab yang sering digunakan dalam kehidupan seharian. Fikrah bermaksud “Pemikiran” atau dalam bahasa inggerisnya di sebut sebagai “Mindset”. Ukhwah pula bermaksud persaudaraan diantara umat Islam, yang tidak terpecah belah, seperti sekujur badan, satu sakit yang lain juga merasakan sakit.
Islam telah berkembang atas fiqrah Islam umat terdahulu dan atas ukhwah mereka dalam mengembangkan syiar Islam. Masa silih masa, hari silih hari, bulan silih bulan dan tahun silih tahun. Fikrah Islam telah berkembang seiring berkembangnya jumlah umat manusia. Setelah tahun bersilih tahun, abad bersilih abad maka fikrah Islam mangkin berkembang dan berkembang.
Kebanyakan fikrah terpecah berpunca daripada perpecahan umat terdahulu, tidak setuju dengan cara pemimpin atau rakan-rakan mereka. Maka berlaku perpecahan dengan mewujudkan fikrah yang dirasakan benar. Hingga saat ini fikrah Islam telah bercambah-cambah dengan fikrah yang sebenar dan tidak kurang juga fikrah yang tersasar dari landasan kebenaran. Fikrahnya nampak berlandaskan Islam, sekali pandang nampak benar, tp bila diteliti sungguh-sungguh rupanya ia telah keluar dari landasan dan menggunakan laluan sendiri bagi mencapai misi sebenar.
Masakini zaman teknologi IT, dunia tanpa sempadan, kebebasan bersuara telah memberi laluan besar kepada fikrah Islam berkembang sekaligus fikrah seleweng juga berkembang seiring. Pelbagai fikrah dan kaedah menuju kepada Allah telah di utarakan, tidak kurang juga sesetengah pihak menyatakan fikrah mereka sahaja yang benar. Ada dialog yang menyatakan “dia tak faham fikrah kita”. Ada yang lebih dasyat menyatakan “Fikrah mereka tak betul” dan mengkafirkan fikrah orang lain.
Persoalannya disini, adakah besar sangat perjuangan fikrah ini hingga membelakangi ukhwah Islam?. Masakini wujud perbincangan, perbalahan dan pergaduhan dalam penyebaran fikrah yang dianggap sebagai fikrah Islam. Berdebat dan berbahas siang hingga malam. Membincangkan soal-soal yang hanya sekadar cabang-cabang dalam Islam. Ramai yang membincangkan soal fikrah Islam hingga mengenepikan ukhwah Islam. Atas nama fikrah perjuangan sesetengah dari kita sanggup menghancurkan ukhwah Islam. Sedangkan ukhwah Islam itu wajib di pertahankan dan ancaman berat kepada merekayang merosakkannya.
Ramai dari kalangan pejuang-pejuang agama yang selalu memperlekehkan fikrah orang lain. Selalu merasakan fikrah orang lain tak betul, tak cukup kemas, dan kononya telah dimasuki fikrah barat. Sedangkan itu semua hanyalah tuduhan-tuduhan liar. Sebenarnya memadailah bagi seorang Islam faham akan aqidah, syariat Islam dan beramal dengannya disamping terus belajar hari ke hari untuk memahami Islam itu secara syumul. Namun dengan kaedah menyebarluaskan fikrah sendiri hingga membelakangi ukhwah rasanya ia bukanlah satu perkara yang betul. Malah ia akan menambahkan kerosakan dan perpecahan dalam Islam…Fikir-fikirkanlah…

nukilan Anamasyhur http://anamasyhur.blogspot.com/

Thursday, January 10, 2013

MUZAKARAH

MUZAKARAH CONCERN


GABUNGAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN
ISLAM NEGERI SABAH ( CONCERN )
LOT 28 TINGKAT 1, LORONG GRACE SQUARE ,
JALAN PANTAI SEMBULAN,
88100 KOTA KINABALU SABAH
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj : CONCERN / 1 – muzakarah (13)
Tarikh : 9hb Januari 2013

Pengerusi/ Presiden/Yang Dipertua
Setiausaha
Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Negeri Sabah


Y. Bhg. Tuan,

JEMPUTAN KE PROGRAM MUZAKARAH NGO-NGO ISLAM NEGERI SABAH
Didoakan semoga Tuan dalam keadaan sihat walafiat dan sejahtera hendak-Nya. Dengan segala
hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa Gabungan Persatuan Badan-Badan Bukan Kerajaan Islam Negeri
Sabah(CONCERN) akan mengadakan Program Muzakarah kali Pertama seperti ketetapan di bawah;
Tarikh : 19 -20 hb Januari 2013 ( Sabtu & Ahad)
Masa : 8.00 Pagi – 4.30 Petang
Tempat : Bilik Madani , Wisma MUIS Sabah

03. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput Y.Bhg Tuan dan 3 orang
wakil persatuan tuan untuk menghadiri program tersebut. Bersama ini dilampirkan tentativ program
untuk rujukan. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Sekretariat
CONCERN di talian 088-234345 atau Sdr. Jaafar di talian 016-8401894.

Kehadiran dan kerjasama pihak persatuan Y.Bhg Tuan amatlah hargai. Semoga perhimpunan kali ini
akan mempereratkan lagi hubungan ukhuwah sesama kita dan memperteguh gerakan serta usaha
dakwah di bumi Sabah.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Yang Benar,

Jaafar Mahmud
Setiausaha CONCERN



Tentatif program:

19hb Januari 2013
7.30-8.00 : Pendaftaran
8.00-10.00 : Bacaan doa
Ucapan Pengerusi Penganjur
Perasmian oleh SS Mufti Kerajaan Negeri Sabah

10.00 – 10.30 : Rehat dan jamuan
11.00-12.30 : Pembentangan 1 - Kajian Kes harga rumah yang tinggi di negeri Sabah dan kesan kepada masyarakat Islam setempat.
oleh Dr.Aliakbar (Wakil UMS/PUM)

12.30-2.00 : Makan Tengahari dan Solat Zohor

2.00-4.30 : Pembentangan 2 - Masalah sosial di kalangan remaja dan belia – impak kepada jaringan sosial umat Islam
oleh Ikram

4.30-5.30 : Kudapan/Solat asar/rehat


20hb Januari 2013
8.00-9.30 : Pembentangan 3: Kedudukan musolla/surau dipasaraya dalam negeri Sabah. Dr. Aliakbar
9.30-10.00 : Rehat/jamuan

10.00-11.30 : Pembentangan 4 - Undang-undang Islam di Sabah – reality dan cabaran
oleh Ustaz Sakaria Samela

11.30-12.30 : Muzakarah meja bulat
12.30-2.00 : Makan tengahari/Solat Zohor

2.00 -3.30 : Muzakarah meja bulat
3.30-4.00 : Kudapan
4.00 -4.30 : Pembentangan resolusi

Thursday, January 3, 2013

Persediaan Muzakarah CONCERN


 



Kepimpinan CONCERN 2012/2014


YBgh. Tuan Haji Sainuri Yamin, Presiden CONCERN



Timbalan Presiden Dr. Ali Akhbar Gulhasan



Perjuangan yang belum selesai










Kursus Strategi Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk


Ustaz Ayub Parumal







Ustaz Abdullah Din



Panggilan Mesyuarat

Tarikh: Sabtu, 5 Januari 2013
Masa  :  8.00 malam
Tempat:  Pejabat ABIM Kota Kinabalu