Saturday, December 26, 2009

CONCERN DAN IMPAK TERHADAP MASYARAKAT

Oleh
Abdul Manap Mahmud
Bungsu Abd Aziz
Marsus Jabar

[Petikan kertas kerja bertajuk NGO ISLAM SABAH ANTARA INSTITUSI MASYARAKAT
DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL: KAJIAN KES KE ATAS CONCERN. Kertas ini telah dibentang dalam Seminar Serantau Perkembangan Islam di Borneo pada 4-5hb Mac 2009 di Auditorium Kompleks Persekutuan Teluk Likas, Kota Kinabalu Sabah]

Penubuhan CONCERN ini merupakan satu kesedaran dalam pergerakan NGO Islam di Sabah. Ia turut memberi indikator kesedaran baru dalam tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat Islam di Sabah. Kejayaan menggabungkan pelbagai organisasi dakwah di Sabah ke dalam satu wadah merupakan satu sejarah dalam perpaduan umat Islam di Sabah. Malah salah satu di Malaysia apabila pelbagai organisasi dakwah yang mempunyai latar berbeza dan pendekatan berbeza disatukan dalam satu wadah. CONCERN turut merakamkan sejarah tersendiri apabila kesatuan respon terhadap isu-isu semasa yang melibatkan kepentingan umat Islam. Kesatuan respon, tindakan dan pandangan ini mencerminkan kekuatan dan perpaduan umat Islam. CONCERN turut merungkai batas perkauman apabila pluraliti dalam keahlian dan keanggotaan di dalam CONCERN ini disatukan menerusi kesatuan akidah. CONCERN turut meraikan kepelbagaian pendekatan dakwah dari badan-badan gabungannya.

Cadangan dan Saranan
* CONCERN perlu dikembangkan ke daerah-daerah lain Sabah.
* Mengadakan kerjasama dengan organisasi Islam serantau. Justeru itu CONCERN perlu juga memberi kesan yang baik kepada masyarakat serantau, seperti Borneo malah wilayah-wilayah BIMP-EAGA.
* Mengadakan dialog dengan organisasi agama lain.
CONCERN juga perlu mengadakan dialog dengan organisasi lain malah dengan pertubuhan agama lain semata-mata untuk menjelaskan peranan Islam dan umat Islam dalam membina suasana yang harmoni dan baik.

No comments:

Post a Comment