Wednesday, June 2, 2010

CONCERN KUTUK KEKEJAMAN ZIONIS

Majlis Gabungan NGO Islam Sabah(CONCERN) mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang dalam perjalanan membawa lebih 10 ribu tan bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Sebagai langkah awal, CONCERN melalui Bironya Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita SAHABAT, Kota Kinabalu bersama dengan Jemaah Islah Malaysia JIM Cawangan Sabah akan mengadakan SOLAT HAJAT dan Doa Keselamatan pada malam ini 1 Julai 2010 (Selasa) di MARKAS SAHABAT sesudah solat Isyak.

No comments:

Post a Comment