Monday, May 31, 2010

DAILOG PERADABAN

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS GABUNGAN NGO’S ISLAM NEGERI SABAH (CONCERN)
BERKENAAN DIALOG PERADABAN: KONSEP KETUHANAN DALAM ISLAM
24 Mei 2010 / 10 Jamadil Akhir 1431H

Majlis Gabungan NGO’s Islam Negeri Sabah telah menganjurkan Dialog Peradaban: Konsep Ketuhanan Dalam Islam. Butiran lanjut program adalah seperti berikut:

Tarikh : 22 Mei 2010 / 8 Jamadil Akhir 1431H
Tempat : Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Dialog Peradaban ini telah dijayakan oleh ahli panel yang pakar dalam usuluddin dan perbandingan agama dan perundangan antaranya Prof. Madya Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ustaz Abu Hurairah Abdurrahman, daripada Pertubuhan Seluruh Islam Sabah (USIA) dan Tn. Hj. Mahammad Naser Disa, Pegawai Kanan Jabatan Peguam Negara.

Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada penjawat kerajaan, swasta, pensyarah, pelajar Institut Pengajian Tinggi dan pelbagai NGO’s telah hadir untuk menimba ilmu daripada Dialog Peradaban ini.

Dialog Peradaban ini dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut; membincangkan konsep sebenar ketuhanan dalam Islam dan memberi ruang kepada masyarakat Islam untuk mendapatkan ilmu Islami.

No comments:

Post a Comment