ANTARA FIKRAH DAN UKHWAH
Fikrah dan ukhwah adalah perkataan bahasa arab yang sering digunakan dalam kehidupan seharian. Fikrah bermaksud “Pemikiran” atau dalam bahasa inggerisnya di sebut sebagai “Mindset”. Ukhwah pula bermaksud persaudaraan diantara umat Islam, yang tidak terpecah belah, seperti sekujur badan, satu sakit yang lain juga merasakan sakit.
Islam telah berkembang atas fiqrah Islam umat terdahulu dan atas ukhwah mereka dalam mengembangkan syiar Islam. Masa silih masa, hari silih hari, bulan silih bulan dan tahun silih tahun. Fikrah Islam telah berkembang seiring berkembangnya jumlah umat manusia. Setelah tahun bersilih tahun, abad bersilih abad maka fikrah Islam mangkin berkembang dan berkembang.
Kebanyakan fikrah terpecah berpunca daripada perpecahan umat terdahulu, tidak setuju dengan cara pemimpin atau rakan-rakan mereka. Maka berlaku perpecahan dengan mewujudkan fikrah yang dirasakan benar. Hingga saat ini fikrah Islam telah bercambah-cambah dengan fikrah yang sebenar dan tidak kurang juga fikrah yang tersasar dari landasan kebenaran. Fikrahnya nampak berlandaskan Islam, sekali pandang nampak benar, tp bila diteliti sungguh-sungguh rupanya ia telah keluar dari landasan dan menggunakan laluan sendiri bagi mencapai misi sebenar.
Masakini zaman teknologi IT, dunia tanpa sempadan, kebebasan bersuara telah memberi laluan besar kepada fikrah Islam berkembang sekaligus fikrah seleweng juga berkembang seiring. Pelbagai fikrah dan kaedah menuju kepada Allah telah di utarakan, tidak kurang juga sesetengah pihak menyatakan fikrah mereka sahaja yang benar. Ada dialog yang menyatakan “dia tak faham fikrah kita”. Ada yang lebih dasyat menyatakan “Fikrah mereka tak betul” dan mengkafirkan fikrah orang lain.
Persoalannya disini, adakah besar sangat perjuangan fikrah ini hingga membelakangi ukhwah Islam?. Masakini wujud perbincangan, perbalahan dan pergaduhan dalam penyebaran fikrah yang dianggap sebagai fikrah Islam. Berdebat dan berbahas siang hingga malam. Membincangkan soal-soal yang hanya sekadar cabang-cabang dalam Islam. Ramai yang membincangkan soal fikrah Islam hingga mengenepikan ukhwah Islam. Atas nama fikrah perjuangan sesetengah dari kita sanggup menghancurkan ukhwah Islam. Sedangkan ukhwah Islam itu wajib di pertahankan dan ancaman berat kepada merekayang merosakkannya.
Ramai dari kalangan pejuang-pejuang agama yang selalu memperlekehkan fikrah orang lain. Selalu merasakan fikrah orang lain tak betul, tak cukup kemas, dan kononya telah dimasuki fikrah barat. Sedangkan itu semua hanyalah tuduhan-tuduhan liar. Sebenarnya memadailah bagi seorang Islam faham akan aqidah, syariat Islam dan beramal dengannya disamping terus belajar hari ke hari untuk memahami Islam itu secara syumul. Namun dengan kaedah menyebarluaskan fikrah sendiri hingga membelakangi ukhwah rasanya ia bukanlah satu perkara yang betul. Malah ia akan menambahkan kerosakan dan perpecahan dalam Islam…Fikir-fikirkanlah…
nukilan Anamasyhur http://anamasyhur.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment