Tuesday, November 20, 2012
AGM CONCERN
GABUNGAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN
ISLAM NEGERI SABAH ( CONCERN )
LOT 28 TINGKAT 1, LORONG GRACE SQUARE ,
JALAN PANTAI SEMBULAN,
88100 KOTA KINABALU SABAH
RUJ : CONCERN / AGM (01)
TARIKH : 11 HB NOVEMBER 2012
Pengerusi/ Presiden/ Yang DiPertua
Setiausaha – Setiausaha
Ahli-ahli
Persatuan/Pertubuhan /Perkumpulan
Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Islam Negeri Sabah (CONCERN)
Y.Bhg Tuan-tuan dan Puan-puan,
NOTIS : MESYUARAT AGUNG PERSATUAN GABUNGAN BADAN-BADAN BUKAN
KERAJAAN ISLAM NEGERI SABAH (CONCERN) KALI PERTAMA
Didoakan semoga Y.Bhg Tuan-tuan dan Puan-puan, berada dalam limpahan rahmat dan sihat
walafiat hendakNya. Dengan segala homatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, mesyuarat agung Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Islam
Negeri Sabah (CONCERN) kali pertama akan diadakan seperti ketetapan di bawah;
Tarikh : 9 hb Disember 2012 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Negeri
Agenda : 1. Pemilihan Jawatankuasa Kerja sesi 2013 -2015
2. Pindaan Perlembagaan
3. Hal-hal Lain
3. Bersama surat ini disertakan borang pengesahan kehadiran mesyuarat agung dan wakil
tetap ke mesyuarat CONCERN. Diharapkan dapat dikembalikan semula kepada pihak kami sebelum
atau pada 5hb Disember 2012 (Rabu) di pejabat ABIM Sabah atau fakskan ditalian 088-212080 atau
email jjaafarmahmud@yahoo.com.
Atas kerjasama yang diberikan oleh Y.Bhg Tuan-tuan dan Puan-puan, adalah amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih
Sekian , Wassalam.
Yang Benar
Jaafar Mahmud
Sekretariat
CONCERN
s.k - Pengerusi Penaja
CONCERN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment