Tn. Sanuri Yamin .... semua dijemput hadir
RESOLUSI
RESOLUSI KONVENSYEN PENDAKWAH NEGERI SABAH KALI KE 4
Tema : “KE ARAH MEMBANGUN GENERASI PEWARIS DAKWAH”
Tarikh : 13 November 2009/ 25 Zulkaedah 1430H
1. Memandangkan situasi perpecahan ummah serta kecelaruan pemikiran yang timbul di kalangan masyarakat Islam masa kini, maka konvensyen ini menyokong penuh amalan agama yang diamalkan sejak turun temurun di Negara ini yang berteraskan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah serta menolak sebarang fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah.
2. Mempergiatkan pencarian calon pelapis-pelapis dakwah dari segenap pelusuk negeri berteraskan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
3. Mempertingkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa-bahasa etnik di kalangan para dai’e untuk mempercepatkan usaha-usaha ke arah melahirkan pendakwah-pendakwah di kalangan etnik-etnik di negeri Sabah bagi membolehkan paradigma pemikiran lampau dapat diubah.
4. Mencadangkan agar dilaksanakan muzakarah agama di peringkat negeri secara berkala.
5. Menggerakkan fungsi sebenar penyelidikan dan penyaluran maklumat secara bersepadu di kalangan agensi agama.
6. Mencadangkan agar JHEAINS berperanan sebagai agensi peneraju (Lead Agency) dalam penyelarasan aktiviti-aktiviti keagamaan di kalangan agensi agama dan NGO Islam.
7. Memandangkan bahawa USIA adalah badan Islam yang ulung dan tertua di Negeri Sabah, maka adalah dicadangkan agar USIA berusaha ke arah merealisasikan penubuhan Pusat Dakwah.
8. Memperkasakan Pusat Latihan Dakwah sedia ada atau membina pusat latihan khusus yang baru bagi saudara baru.
9. Menggesa semua agensi agama dan NGO Islam bersatu dalam menangani sebarang isu agama melalui media serta mengadakan kempen kesedaran Islam secara berterusan.
10. Menggesa pihak kerajaan pusat untuk menyalurkan bantuan berbentuk dana kewangan kepada agensi-agensi agama serta NGO Islam Negeri Sabah bagi memperkasakan syiar Islam di Sabah sesuai dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada kerajaan di samping mengesyorkan penubuhan rangkaian koperasi dakwah di setiap daerah oleh badan-badan dakwah daerah.
11. Mencadangkan agar kerajaan pusat melalui JAKIM dapat membina pusat-pusat komuniti dan latihan khusus saudara baru bagi memartabatkan komuniti dan kebajikan saudara baru di Negeri Sabah.

No comments:
Post a Comment