Thursday, January 6, 2011

KENAPAI RAMAI MASUK KRISTIAN?


KENAPAI RAMAI MASUK KRISTIAN?

Saya pernah mendengar bahawa statistik menunjukkan ramai orang telah berjaya di Kristiankan oleh pendakyah-pendakyah Kristian, terutamanya di pendalaman Negeri Sabah. Namun jumlah orang Islam yang murtad tidaklah seramai jumlah orang yang memeluk agama Kristian. Sebenarnya orang tidak ada agama la (pagan) yang menaikkan statistik jumlah peningkatan penganut Kristian di Negeri Sabah.

Persoalannya, kenapa orang (pagan) memilih untuk memeluk agama Kristian, kenapa tidak Islam. Apa kelebihan agama Kristian berbanding Islam?. Bukankah agama Islam agama yang benar. Agama yang serba lengkap dan syumul. Tetapi kenapa agama Kristian yang mereka pilih.Masa saya buat lawatan sambil belajar ke Secrat Heart Cathedral hari tu, saya rasa saya dah jumpa jawapannya kenapa orang (pagan) pilih agama Kristian sebagai agama kepercayaan mereka. Klu difikirkan dari segi logik, orang pagan masih boleh mempersoalkan beberpa perkara berkaitan ketuhanan. Tetapi semua itu bukanlah persoalan kerana tuhan telah datang dalam hidup mereka dengan memberi ketenangan dan kejiwaan beragama dalam bentuk kesempurnaan kehidupan pada skop Kristian.


Gerakan Kristianisasi sebenarnya menggunakan pendekatan dakyah yang betul-betul diterima oleh siapa pun yang bernama manusia. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak pernah kenal apa itu Islam. Ini kerana gerakan Kristianisasi menggunakan pendekatan emosi untuk menarik sasarannya ke agama Kristian.


Mereka akan mewar-warkan hal berkaitan kasih sayang dan kelembutan dalam kehidupun dan pendakyah itu sendiri mempraktikkan pendekatan emosi ini. Mereka menyampaikan agama pada sasaran mereka dengan penuh kasih sayang dan kelembutan kerana kasih sayang adalah naluri manusia. Ia tidak boleh dipisahkan dengan manusia. Tolong menolong, bantu membantu adalah kunci utama dalam gerakan kristianisasi.
Untuk menambahkan kekuatan gerakan mereka, mereka menambahkannya dengan perisa warna warni. Mereka akan mendekati sasaran walau dengan sekotak crayon. Bagi sesetengahnya akan di dekati dengan hamper atau seumpamanya. Ini kerana warna warni adalah kesukaan manusia, ia akan mempengaruhi emosi sasarannya. Kunci ketiga pada gerakan mereka adalah lagu-lagu dan hiburan. Mereka akan bersembahyang, bermain, bergurau, berhibur dengan lagu-lagu yang juga disukai oleh setiap Insan. Ini juga dapat menyentuh emosi sasaran mereka.


Orang kampung yang tidak bersekolah, tau kasih sayang secara semulajadi, jarang sekali nampak warna warni dalam kehidupan seharian dan juga berhibur hanya dengan muzik kampung. Apabila pendekatan Bandar yang telah dikaji pendekatannya di bawa ke kampung dalam aspek kasih sayang, warna warni dan juga hiburan, sudah pasti orang kampung akan merasakan itu adalah tuhan yang datang kedalam kehidupan seharian mereka. Membuatkan mereka yakin dengan perkara-perkara sedemikian dan sekaligus mereka percaya kepada agama Kristian.


Dalam gereja banyak simbol-simbol yang menggambarkan jiwa agama mereka. Hanya orang yang berfikir sahaja akan memahami simbol-simbol tersebut. Sebab itu la Islamphobia agak sukar untuk dikikis dari pemikiran sesetengah penganut Kristian. Kerana setiap perkara yang mereka lihat, ia akan menghasilkan satu keputusan maksud daripada simbol-simbol tersebut. Islam selalu menggunakan simbol pedang, kemarahan, demonstrasi, perang dan sebagainya dalam pendekatan seharian. Tidak kurang juga mengguknakan simbol ala Taliban seperti berpakaian.


Di dalam gereja banyak gambar-gambar bentuk seorang ibu menggendong bayi, gambar lelaki mendukung budak, gambar seorang lelaki yang telah di salib diletakkan di sebelah kiri dadanya (hati) oleh seorang wanita dan juga gambar-gambar kesedihan seorang wanita (lihat gambar pada artikel sebelum ini). Ini semua adalah gambar yang menzahirkan simbol kasih sayang yang mereka perjuangkan.


Begitu juga dengan warna warni, di dalam gereja cukup berwarna warni . di depan, kiri dan kanan gereja penuh dengan warna warni….ini juga menunjukkan simbol warna warni yang mereka perjuangkan. Manakala bagi lagu-lagu pula, dalam gereja terdapat banyak rak-rak buku yang mengandungi lagu-lagu sembahyang. Bukan sedikit, banyak buku lagu, ini juga adalah simbol hiburan yang dekat di hati sasaran mereka.
Tidak hairanlah kenapa banyak penduduk kampung berkepercayaan Pagan berminat untuk memeluk agama Kristian.


Sebenarnya banyak kelemahan kita dari aspek pendekatan dalam berdakwah. Ini baru kita bincangkan soal pendekatan, belum lagi dibincangkan soal kesungguhan masuk ke pendalaman, menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran….patutlah kita ketinggalan….banyak perkara yang perlu kita perbaiki sebelum turun ke medan dakwah yang sebenar…..fikir-fikirkanlah…..
.
.
Dipetik dari blog:
.
ANA MASYHUR

No comments:

Post a Comment