Wednesday, October 6, 2010
TERJEMAHAN Al-QURAN : BERBALOIKAH?
TERJEMAHAN Al-QURAN : BERBALOIKAH?
Tahun lepas kita telah digemparkan dengan isu murtad di kalangan pelajar IPT & terdapatnya gerakan2 dakyah dari beberapa pihak sehingga tertubuhnya secara rasmi Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN). Dengan isu tersebut CONCERN sempat membuat beberapa tindakan bagi mengatasi masalah di atas. Alhamdulillah, dengan beberapa tindakan tersebut telah dapat mengawal keadaan daripada terus lebih parah.
Tidak kurang juga gemparnya isu beberapa pihak memberikan risalah2 dan bible2 di tempat2 awam seperti yang berlaku di sebuah sekolah di Tanjung Aru. Di dapati ada beberapa pendakyah yang telah mengagih2kan risalah2 dan bible kepada pelajar2 sekolah secara percuma. Dengan terjadinya perkara sedemikian, laporan polis telah di buat oleh beberapa aktivis Islam.
Persoalannya, bagaimana mereka boleh memberi bible kepada umum dengan percuma?. Kita tidak pernah dengar terjemahan Quran diberkan kepada umum dengan
percuma?. Di mana kelemahan sebenar?. Kita sibuk dengan pendakyah2 mengedarkan risalah2 dan bible, kita kecoh sekampung, melalak sedaerah dan teriak senegeri tentang kejadian tersebut. Namun perkara sebegini mesti ada kelemahan di pihak kita. Sekiranya benar, kita perlu memperbaiki kelemahan ini, kalau tidak sampai bila pun kita takkan dapat memberikan terjemahan Quran secara percuma kepada umum atau kepada yang memerlukan. Ramai para mualaf2 yang memerlukan terjemahan Quran sebagai rujukan, namun tidak dapat berbuat demikian.
Ini berikutan beberapa hari lepas saya telah melihat terjemahan Quran di sebuah kedai buku. Terjemahan itu sebesar tapak tangan saja. Harganya RM39.90. Pernah saya lihat yang besar sikit berharga RM45.00, ada RM55.00, RM60.00, RM80 dan ada juga yang lebih mahal. Patutkah harganya setinggi itu?, semahal itu?. Agaknya ada tak harga terjemahan yang lebih murah dari harga di atas?, mungkin semurah RM5.00?
Pernah saya terdengar kuliah Hj Ayob Abd Rahman Perumal, Sebaik2nya untuk dakwah kepada kawan2 atau orang yang bukan Islam. Kita hadiahkan mereka dengan terjemahan Quran, walaupun yang kita hadiahkan itu bukan Islam, mungkin semasa dia menunggu bas, sebelum tidur, ada masa lapang dia akan baca isinya. Dengan dia baca isi terjemahan tersebut, mudah2an akan menjadi sumber hidayah pada dirinya. Tetapi soalnya siapa yang berkemampuan untuk membeli terjemahan Quran semahal itu. Adakah terjemahan Quran betul2 sebagai sumber ilmu dan rujukan utama orang Islam atau semata2 untuk mencari keuntungan atas penderitaan orang jahil yang ingin menuntut ilmu?.
Kitab orang lain boleh di dapati dengan murah, silap2 boleh dapat percuma dari laci2 hotel. Tapi kitab kita, kalau tidak ada RM40.00 tak payah mimpi la. Kita ambil contoh pelajar2 Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita SAHABAT. Sekiranya pelajar SAHABAT memerlukan terjemahan setiap orang satu terjemahan, ertinya semua 120 pelajar SAHABAT perlu membayar terjemahan Quran dengan harga RM4,800. Dari apa yang saya boleh kita kongsikan, ada di kalangan pelajar SAHABAT menghadiri kelas setiap hari sabtu hanya sekadar cukup2 duit tambang dan membawa bekal dari rumah kerana ketiadaan wang lebih. Dengan harga terjemahan Quran yang sebegitu mahal, adakah mereka akan mampu untuk mendapatkan terjemahan tersebut. Jika begitu dajilah pelajar2 SAHABAT orang yang baca Quran tetapi tidak tahu apa erti apa yang dibaca.
Saya dengan rasa rendah diri menyeru kepada pihak berwajib yang mempunyai bidangkuasa atas masalah di atas agar memikirkan persoalan ini. Kita perlu mencari satu mekanisma perlaksanaan agar dapat memudahkan terjemahan Quran di dapati serta mampu dimiliki. NGO-NGO juga diharapkan dapat memainkan peranan masing untuk memperbaiki sekiranya masalah di atas adalah benar kelemahannya. Semoga dengan usaha kita ini akan mengujudkan generasi akan datang yang celik dan faham Al-Quran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam. Ada terjemahan quran online http://terjemahanquran.blogspot.com
ReplyDelete