LATAR BELAKANG
Masjid merupakan satu anugerah dan satu institusi yang sinonim dengan umat Islam. Masjid adalah sebagai tempat beribadah dan berinteraksi khusus untuk umat Islam Daerah Penampang ialah jiran yang rapat dengan Bandaraya Kota Kinabalu. Oleh yang demikian maka berlakulah kepesatan penambahan penduduk pe;bagai kaum di daerah ini, khususnya yang beragana Islam. Di samping itum penjawat awam, swasta dan para peniaga yang beragama Islam juga penyumbang kepada penambahan penduduk Islam yang ketara di daerah Penampang.

Hal demikian menjadi kepentingan dan keperluan asas bagi para penduduk Islam di Penampang agar sebuah masjid dapat dididrikan di kawasan ini dengan kadar yang segera. Dengan terdirinya sebuah masjid di daerah ini, umat Islam dapat menunaikan Solat Jumaatdi samping menunaikan fardhu kifayah yang lain seperti pengurusan jenazah, solat terawih dan yang berkaitan.
Selaras dengan tujuan ini, satu Jawatankuasa Waqaf Masjid Penampang telah ditubuhkan hasil idea pelbagai pihakdan diharapkan agar Jawatankuasa ini dapat menggembleng tenaga serta usaha agar satu kutipan dana untuk merealisasikan pembinaan masjid ini melalui sumbangan kerajaan, orang awam dan syarikat-syarikat korporat.
MAKLUMAT LOKASI
Cadangan tapak bagi pembinaan Masjid Waqaf ini telah dikenalpasti berhampiran dengan Jalan Penampang Bypass. Tapak yang sesuai telah dikenalpasti merupakan milik individu yang telah bermurah hati untuk memindah milik tanah ini dengan pada harga yang sangat rendah berbanding harga sebenar pasaran. Individu ini berhasrat untuk melihat terbinanya masjid ini bagi memenuhi tuntutan agama Islam di daerah ini. Kebenaran kutipan dana dar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Ketua Menteri juga telah diperolehi bagi tujuan ini
TAWARAN HARGA TAPAK WAQAF
Jawatankuasa Waqaf Masjid Penampang telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menetapkan harga bagi satu lot tapak waqaf bersamaan dengan satu kaki persegi bagi masjid ini seperti berikut:-
1 Lot Tapak Waqaf bersamaan dengan 1 kaki persegi bernilai RM100.00
KAEDAH SUMBANGAN
- Tunai/cek
- Pemindahan wang bank
- Memasukkan terus ke akaun bank "Jawatankuasa Waqaf Masjid Penampang"
NO AKAUN BANK ISLAM : 10016010074517
Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A :
Maksudnya : "Apabila mati seseorang itu, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya"
Maksudnya : "Apabila mati seseorang itu, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya"
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :-
Jawatankuasa Waqaf Masjid Penampang
D/A Lot 28, Tingkat Satu
Lorong Grace Square
Jalan Sembulan
88100 Kota Kinabalu
Sabah
No Tel : 088212080
No Faks : 088212080
D/A Lot 28, Tingkat Satu
Lorong Grace Square
Jalan Sembulan
88100 Kota Kinabalu
Sabah
No Tel : 088212080
No Faks : 088212080
No comments:
Post a Comment