Monday, May 31, 2010

DAILOG PERADABAN

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS GABUNGAN NGO’S ISLAM NEGERI SABAH (CONCERN)
BERKENAAN DIALOG PERADABAN: KONSEP KETUHANAN DALAM ISLAM
24 Mei 2010 / 10 Jamadil Akhir 1431H

Majlis Gabungan NGO’s Islam Negeri Sabah telah menganjurkan Dialog Peradaban: Konsep Ketuhanan Dalam Islam. Butiran lanjut program adalah seperti berikut:

Tarikh : 22 Mei 2010 / 8 Jamadil Akhir 1431H
Tempat : Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Dialog Peradaban ini telah dijayakan oleh ahli panel yang pakar dalam usuluddin dan perbandingan agama dan perundangan antaranya Prof. Madya Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ustaz Abu Hurairah Abdurrahman, daripada Pertubuhan Seluruh Islam Sabah (USIA) dan Tn. Hj. Mahammad Naser Disa, Pegawai Kanan Jabatan Peguam Negara.

Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada penjawat kerajaan, swasta, pensyarah, pelajar Institut Pengajian Tinggi dan pelbagai NGO’s telah hadir untuk menimba ilmu daripada Dialog Peradaban ini.

Dialog Peradaban ini dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut; membincangkan konsep sebenar ketuhanan dalam Islam dan memberi ruang kepada masyarakat Islam untuk mendapatkan ilmu Islami.

Thursday, May 20, 2010

WAQAF MASJID DAERAH PENAMPANG



LATAR BELAKANG
Masjid merupakan satu anugerah dan satu institusi yang sinonim dengan umat Islam. Masjid adalah sebagai tempat beribadah dan berinteraksi khusus untuk umat Islam Daerah Penampang ialah jiran yang rapat dengan Bandaraya Kota Kinabalu. Oleh yang demikian maka berlakulah kepesatan penambahan penduduk pe;bagai kaum di daerah ini, khususnya yang beragana Islam. Di samping itum penjawat awam, swasta dan para peniaga yang beragama Islam juga penyumbang kepada penambahan penduduk Islam yang ketara di daerah Penampang.

Hal demikian menjadi kepentingan dan keperluan asas bagi para penduduk Islam di Penampang agar sebuah masjid dapat dididrikan di kawasan ini dengan kadar yang segera. Dengan terdirinya sebuah masjid di daerah ini, umat Islam dapat menunaikan Solat Jumaatdi samping menunaikan fardhu kifayah yang lain seperti pengurusan jenazah, solat terawih dan yang berkaitan.

Selaras dengan tujuan ini, satu Jawatankuasa Waqaf Masjid Penampang telah ditubuhkan hasil idea pelbagai pihakdan diharapkan agar Jawatankuasa ini dapat menggembleng tenaga serta usaha agar satu kutipan dana untuk merealisasikan pembinaan masjid ini melalui sumbangan kerajaan, orang awam dan syarikat-syarikat korporat.


MAKLUMAT LOKASI
Cadangan tapak bagi pembinaan Masjid Waqaf ini telah dikenalpasti berhampiran dengan Jalan Penampang Bypass. Tapak yang sesuai telah dikenalpasti merupakan milik individu yang telah bermurah hati untuk memindah milik tanah ini dengan pada harga yang sangat rendah berbanding harga sebenar pasaran. Individu ini berhasrat untuk melihat terbinanya masjid ini bagi memenuhi tuntutan agama Islam di daerah ini. Kebenaran kutipan dana dar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Ketua Menteri juga telah diperolehi bagi tujuan ini


TAWARAN HARGA TAPAK WAQAF
Jawatankuasa Waqaf Masjid Penampang telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menetapkan harga bagi satu lot tapak waqaf bersamaan dengan satu kaki persegi bagi masjid ini seperti berikut:-

1 Lot Tapak Waqaf bersamaan dengan 1 kaki persegi bernilai RM100.00

KAEDAH SUMBANGAN

  • Tunai/cek
  • Pemindahan wang bank
  • Memasukkan terus ke akaun bank "Jawatankuasa Waqaf Masjid Penampang"
NO AKAUN BANK ISLAM : 10016010074517
Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A :
Maksudnya : "Apabila mati seseorang itu, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya"
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :-
Jawatankuasa Waqaf Masjid Penampang
D/A Lot 28, Tingkat Satu
Lorong Grace Square
Jalan Sembulan
88100 Kota Kinabalu
Sabah
No Tel : 088212080
No Faks : 088212080

DIALOG PERADABAN

Dialog Peradaban adalah anjuran Majlis Gabungan NGO's Islam Negeri Sabah (CONCERN) melalui biro dakwahnya Persatuan Ulama' Malaysia PUM Sekretariat Sabah yang akan membincangkan tajuk "Konsep Ketuhanan Dalam Islam" yang bakal di isi oleh pakar-pakar dalam bidang usuluddin dan perbandingan agama serta perundangan. Antaranya Prof. Madya Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Tn. Haji Mahamad Naser Disa dan Ustaz Abu Hurairah Abdurrahman. Masa dan tempat adalah seperti berikut :-

DIALOG PERADABAN : KONSEP KETUHANAN DALAM ISLAM
22 MEI 2010 (SABTU)
8.00PAGI
AUDITORIUM KOMPLEKS GUNASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN
JALAN UMS

Semua dijemput datang beramai-ramai ke majlis ini....

PROJEK EKONOMI PSS


Ramai yang menyatakan hasrat ingin membantu perjuangan PSS merubah Sabah. Masa bercakap dan menunggu peluang telah berakhir. Kini tiba masa bekerja. Mengharapkan sokongan anda, khususnya mereka yang pernah bersama-sama bertungkus-lumus di Sabah. Tinggalkan nama dan alamat, kami akan hantarkan kupon untuk diagih/diusahakan. Biar sedikit, semoga membawa ke syurga. Ya Allah mereka telah mebantu mereka, permudahkan perjalanan hidup mereka dan luaskan rezeki mereka.Amiin.

Langkah-langkah:
1.Tinggalkan nama,alamat dan no. tel
2.Tunggu pakej kupon diposkan.Pakej mengandungi kupon,garis panduan modus operandi dan flyers.Nilai kupon yang dipos bergantung kepada pecahan kelompok - belajar,bekerja dan korporat.
3.Cari sumbangan sehingga kupon habis, atau agih kupon kepada orang yang dipercayai.
4.Masukkan hasil sumbangan ke akaun Bank Islam PSS atau terus kepada wakil2 PSS.

Pertanyaan hubungi :
Timb. Pres PSS,Saudara Nadir di 0198110964

Akaun Bank Islam PSS : 10016010043186

Saturday, May 1, 2010

BICARA ILMU "MENJANA MUALLAF BERKUALITI"

mualaf tidak boleh alpa...
ramai audien




mencatat ilmu



kita harus bangkit....





lontaran idea bernas....






kisah Om... minum panas atau sejuk





khusyuk mendengar




amanat perjuangan...






























  • Tarikh: 1 May 2010, Sabtu, 11am










  • Tempat: Sahabat Excellent Centre, Madrasah Islamiah Sembulan










  • Pembicara: Tn. Hj. Khairan Unto, Pengurus Besar SIRIM Sabah, merangkap Timbalan Pengerusi CONCERN.










  • Mederator: Sdr. Abu Bakar Ongkosing, Presiden SAHABAT.