
Wednesday, April 20, 2011
MESYUARAT CONCERN

Saturday, March 12, 2011
PERKAUMAN DAN KEKITAAN NGO ISLAM
Artikel ini dipetik dari www.anamasyhur.blogspot.com
Dakwah dan tabligh adalah kewajipan bagi setiap insan. Tidak kira rupa bangsa, warna kulit dan juga latar belakang, semuanya harus melaksanakannya. Bagi anda yang berada di sekitar Kota Kinabalu dan bandar-bandar besar, anda beruntung kerana tempat anda mempunyai kegiatan dakwah yang cukup pesat. Banyak pertubuhan, badan dan juga gerakan yang boleh disertai sebagai wadah perjuangan.
Dalam gerakan dakwah, antara perkataan yang selalu disebut-sebut adalah berkaitan berpegang kepada tali Allah, kesatuan Islam, kesatuan ummah atau kesatuan dalam berjamaah. Ini adalah senjata utama dalam menggerakkan jentera dakwah secara berkesan.
Banyak sejarah yang telah membuktikan kejayaan usaha dakwah berpunca daripada kesatuan jamaah. Kesatuan jamaah membolehkan segala kerja dilaksanakan dengan terancang dan perlaksanaannya pula agak rapi berkesan.
Namun hakikat sebenar usaha dakwah di Negeri Sabah tidak seperti pernyataan di atas. Mungkin ada dari kalangan rakan-rakan tidak senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya tidak berkata kosong,ini adalah berdasarkan analisis peribadi dan diskusi dengan beberapa rakan-rakan penggerak di Kota Kinabalu.
Tujuan kita menjalankan usaha dakwah adalah untuk mencari keredhaan Allah swt dan bergerak atas nama Islam. Namun semua ini hanyalah mainan bicara di kalangan kita semata-mata. Tanpa kita sedar sebenarnya gerakan dakwah kita tidaklah berlandaskan perjuangan Islam sebenarnya, tetapi perjuangan kita adalah atas landasan NGO.
Tanpa disedari perjuangan berlandaskan NGO adalah lebih penting dari perjuangan berlandaskan Islam. Antara bukti kesahihan pernyataan di atas terkandung dalam artikel saya sebelum ini bertajuk “PENGGERAK KITA KURANG BERFIKIR”. Bagaimana dikatakan berlandaskan Islam jikalau perjuangan tersebut disyaratkan harus datang dari pemimpin NGO kita.
Hakikat yang berlaku masakini, kita akan turun kelapangan sehabis baik sekiranya arahan tersebut datangnya dari ketua NGO kita. Sekiranya ia datang dari pemimpin NGO lain, maka kesungguhan dalam berdakwah tidak akan sama seperti arahan yg dikeluarkan oleh pemimpin sendiri walaupun isu yang diperjuangkan adalah isu ISLAM.
Inilah yang terjadi kepada PENULIS dan yang lebih besar lagi CONCERN. NGO yang menganggotai CONCERN adalah NGO yang cukup hebat dan ternama. Tetapi kenapakah CONCERN tidak boleh bangkit setaraf dengan USIA mahupun YADIM?. Ini kerana CONCERN adalah satu badan yang berasingan tubuh dengan NGO-NGO yang menganggotainya. CONCERN bukan sayap pergerakan kepada NGO yang meneyertainya. Kerana itulah pergerakan CONCERN agak perlahan seperti ular berbisa yang menyelinap disebalik gerakan dakwah.
CONCERN tidak mampu menjadi seperti harimau dan singa yang mendongak ke langit dengan kegagahannya. CONCERN tidak mampu mengaum kuat bagi menggerunkan lawannya. Kerana apa?. Kerana CONCERN bukan sebahagian dari kita. CONCERN adalah badan yang ditubuhkan atas dasar kemarahan hangat-hangat tahi ayam dikala darah menyirap bila Islam di badai isu.
Hakikatnya, sekiranya CONCERN adalah sayap pergerakan NGO kita, sudah pasti Abu Bakar tidak perlu sibuk menghadiri mesyuarat di tengah malam dalam keadaan hidung tersumbat kerana demam. Si songkok tinggi tidak perlu bersusah memandu dari Sandakan ke Kota kinabalu untukn menghadiri mesyuarat. Kita sendiri akan menggerakkannya walaupun tanpa kehadiran Hj Sainuri. Jangankan 15 org ahli mesyuarat, seramai hadirin yang menghadiri kuliah Tafsir Maudhu’i pun kita boleh himpunkan, seramai hadirin yang menyertai Discuss Of The Truth pun kita boleh kerahkan, bukankah ini dipanggil Double Standard?.
Suka untuk saya nyatakan, janganlah kita berlagak sombong dengan program yang berlambak-lambak anjuran NGO kita dalam masa yang sama kita tidak boleh duduk sebumbung berkerjasama atas nama Islam untuk sekadar bermesyuarat. Janganlah kita berlagak sombong dengan program kita yang mega sekiranya kita tidak mampu mencukupi korum mesyuarat CONCERN yang sekadar memerlukan 15 orang.
Adakah kita cukup hebat berseminar sana dan sini. Mengulang-ulang seminar yang acap kali dianjurkan dalam masa yang sama segala perancangan CONCERN untuk sedikit permuafakatan Islam tidak boleh terlaksana?. Adakah kita cukup hebat berprogram sana dan sini yang sekadar menghabiskan peruntukan yang ada dalam masa yang sama kita tidak mampu duduk sekadar sejam untuk menulis maklumat penting dalam mesyuarat CONCERN?.
Panggilan pengerusi CONCERN adalah semboyan Islam, semboyan Islam adalah panggilan Allah. Adakah perkara yang lebih penting berbanding semboyan Islam?. CONCERN diibaratkan seperti Cerrier War Ship atau Kapal Perang Pengangkut. Manakala NGO-NGO yang manganggotainya diibaratkan seperti jet-jet pejuang yang bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Kebiasaannya Carrier War Ship adalah medan untuk bermesyuarat, mengaturkan srategi perang, dan membuat segala persiapan perang. Namun yang membuat serangan adalah jet-jet pejuang bagi menghancurkan sesuatu sasaran. Kalaulah jet-jet pejuang tidak bersama-sama dengan kapal pengangkut, dikhuatiri kapal pengangkut akan dibedil musuh hingga musnah ditelan sejarah.
Adakah kenyataan saya salah?. Sekiranya salah, kita harus buktikan kenyataan ini salah. Kita harus bergabung atas nama Islam dan tidak semata-mata atas nama NGO. Sekiranya benar, kita harus perbaiki kesilapan kita, agar gerak kerja dapat dirancang dengan rapi dan memberi kesan yang baik dalam gerakan dakwah di Negeri Sabah. FIKIR-FIKIRKAN…
- CONCERN adalah Majlis Gabungan NGO Sabah yg berpusat di Kota Kinabalu, Sabah.
Rujuk artikal lepas : Klik Sini CONCERN IS A CARRIER WAR SHIP
Saturday, February 26, 2011
PERTEMUAN MT CONCERN
Wednesday, February 2, 2011
SAJAK LAMUNAN TERHENTI.....BILA bisa ketemuan?

Maulidul Rasul.... cukupkah kalau kita sekadar menyambutnya?


Maulidul Rasul.... cukupkah kalau kita sekadar menyambutnya?
Pada 15 Feb 2011 kita akan berbaris di Padang Merdeka Kota Kinabalu, pagi-pagi lagi kita sudah ke sana. kita sedia baju tradisi, beli banner (mahal RM 700.00), tambang... hebat punya pengorbanan.... tapi cukupkah sekadar penonjolan luaran / fizikal sahaja. Sebenarnya siapa Dia itu, apa vision dia, apa strategy dia, apa falsafah dia, bolehkah kita menjadikan beliau sebagai IDOLA. ?????....BAH kalau begitu kita baca rencana di bawah;
Rencana ini diambil dari website berikut:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w.Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, gelintarSebahagian dari siri berkaitanIslam
.Rukun ImanAllah · Kitab · Malaikat · NabiHari Akhirat · Qada dan QadarRukun IslamSyahadah · Solat · PuasaZakat · HajiKota SuciMakkah · MadinahBaitulmuqaddisHari RayaAidilfitri · AidiladhaHukumQuran · Sunnah · HadisSejarahGaris Masa Sejarah IslamKhulafa al-RasyidinKhalifah · KhilafahTokoh IslamNabi Muhammad s.a.wAhlul Bait · Sahabat NabiMazhabAhli Sunah WaljamaahHanafi · SyafieMaliki · HanbaliBudaya Dan MasyarakatAkademik · Haiwan · SeniTakwim · Kanak-kanakDemografi · PerayaanMasjid · Dakwah · FalsafahSains · Wanita · PolitikLihat jugaKritikan · IslamofobiaGlosariPortal Islam p • b • sKhat membentuk nama Muhammad
.
.Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."Isi kandungan[sorok]1 Kelahiran2 Masa remaja3 Berumahtangga4 Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad5 Kerasulan6 Marhalah dakwah Rasulullah7 Thalabun Nusrah8 Cabaran-cabaran9 Hijrah10 Madinah11 Pembukaan Kota Makkah12 Meneladani perbuatan Rasulullah13 Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)14 Kronologi perkembangan Islam15 Lihat juga16 Pautan luar//
.
.[sunting] KelahiranNabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.
.
.[sunting] Masa remajaDalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.[sunting] BerumahtanggaRencana utama: Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.
.
.[sunting] Bapa dan ibu saudara Nabi MuhammadAl-Harith bin Abdul MuthalibMuqawwam bin Abdul MuthalibZubair bin Abdul MuthalibHamzah bin Abdul MuthalibAl-Abbas bin Abdul MuthalibAbu Thalib bin Abdul MuthalibAbu Lahab bin Abdul MuthalibAbdul Kaabah bin Abdul MuthalibHijl bin Abdul MuthalibDzirar bin Abdul MuthalibGhaidaq bin Abdul MuthalibSafiyah binti Abdul Muthalib'Atikah binti Abdul MuthalibArwa binti Abdul MuthalibUmaimah binti Abdul MuthalibBarrah binti Abdul MuthalibUmmi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib[sunting] Kerasulan
.
.Gua Hira tempat pertama kali Nabi Muhammad memperoleh wahyu.Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.
.
.[sunting] Marhalah dakwah RasulullahPerjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.[sunting] Thalabun NusrahThalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Rasulullah Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
.
.[sunting] Cabaran-cabaranApabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.[sunting] HijrahDi Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
.
.Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
.
.[sunting] MadinahDi Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.[sunting] Pembukaan Kota MakkahRencana utama: Pembukaan Kota MekahPada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.[sunting] Meneladani perbuatan RasulullahPerbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.
.
.Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).[sunting] Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
.
."Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
.
.[sunting] Kronologi perkembangan Islam570M- Nabi Muhammad dilahirkan.610M- Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira'.615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsyah.616M- Saidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah.619M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi) meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.621M- Baiat Aqabah 1622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiyah dibina.624M- Perang Badar.625M- Perang Uhud.627M- Perang Ahzab.628M- Perjanjian Hudaibiyah.629M- Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine, baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah.630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain.631M- Perang Tabuk.632M- Kewafatan Nabi Muhammad Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.[sunting] Lihat jugaHadithSalasilah keturunan Nabi Muhammad SAWSenarai filem mengenai Nabi Muhammad[sunting] Pautan luarVersi PDF Ar-Raheeq Al-MakhtumThe Life of Muhammad oleh Muhammad Husayn HaykalAbout the Prophet Muhammad (University of Southern California
Posted by SAHABAT at 8:07 PM 0 comments
Thursday, January 6, 2011
KENAPAI RAMAI MASUK KRISTIAN?

Saya pernah mendengar bahawa statistik menunjukkan ramai orang telah berjaya di Kristiankan oleh pendakyah-pendakyah Kristian, terutamanya di pendalaman Negeri Sabah. Namun jumlah orang Islam yang murtad tidaklah seramai jumlah orang yang memeluk agama Kristian. Sebenarnya orang tidak ada agama la (pagan) yang menaikkan statistik jumlah peningkatan penganut Kristian di Negeri Sabah.
Persoalannya, kenapa orang (pagan) memilih untuk memeluk agama Kristian, kenapa tidak Islam. Apa kelebihan agama Kristian berbanding Islam?. Bukankah agama Islam agama yang benar. Agama yang serba lengkap dan syumul. Tetapi kenapa agama Kristian yang mereka pilih.Masa saya buat lawatan sambil belajar ke Secrat Heart Cathedral hari tu, saya rasa saya dah jumpa jawapannya kenapa orang (pagan) pilih agama Kristian sebagai agama kepercayaan mereka. Klu difikirkan dari segi logik, orang pagan masih boleh mempersoalkan beberpa perkara berkaitan ketuhanan. Tetapi semua itu bukanlah persoalan kerana tuhan telah datang dalam hidup mereka dengan memberi ketenangan dan kejiwaan beragama dalam bentuk kesempurnaan kehidupan pada skop Kristian.
Gerakan Kristianisasi sebenarnya menggunakan pendekatan dakyah yang betul-betul diterima oleh siapa pun yang bernama manusia. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak pernah kenal apa itu Islam. Ini kerana gerakan Kristianisasi menggunakan pendekatan emosi untuk menarik sasarannya ke agama Kristian.
Mereka akan mewar-warkan hal berkaitan kasih sayang dan kelembutan dalam kehidupun dan pendakyah itu sendiri mempraktikkan pendekatan emosi ini. Mereka menyampaikan agama pada sasaran mereka dengan penuh kasih sayang dan kelembutan kerana kasih sayang adalah naluri manusia. Ia tidak boleh dipisahkan dengan manusia. Tolong menolong, bantu membantu adalah kunci utama dalam gerakan kristianisasi.
Untuk menambahkan kekuatan gerakan mereka, mereka menambahkannya dengan perisa warna warni. Mereka akan mendekati sasaran walau dengan sekotak crayon. Bagi sesetengahnya akan di dekati dengan hamper atau seumpamanya. Ini kerana warna warni adalah kesukaan manusia, ia akan mempengaruhi emosi sasarannya. Kunci ketiga pada gerakan mereka adalah lagu-lagu dan hiburan. Mereka akan bersembahyang, bermain, bergurau, berhibur dengan lagu-lagu yang juga disukai oleh setiap Insan. Ini juga dapat menyentuh emosi sasaran mereka.
Orang kampung yang tidak bersekolah, tau kasih sayang secara semulajadi, jarang sekali nampak warna warni dalam kehidupan seharian dan juga berhibur hanya dengan muzik kampung. Apabila pendekatan Bandar yang telah dikaji pendekatannya di bawa ke kampung dalam aspek kasih sayang, warna warni dan juga hiburan, sudah pasti orang kampung akan merasakan itu adalah tuhan yang datang kedalam kehidupan seharian mereka. Membuatkan mereka yakin dengan perkara-perkara sedemikian dan sekaligus mereka percaya kepada agama Kristian.
Dalam gereja banyak simbol-simbol yang menggambarkan jiwa agama mereka. Hanya orang yang berfikir sahaja akan memahami simbol-simbol tersebut. Sebab itu la Islamphobia agak sukar untuk dikikis dari pemikiran sesetengah penganut Kristian. Kerana setiap perkara yang mereka lihat, ia akan menghasilkan satu keputusan maksud daripada simbol-simbol tersebut. Islam selalu menggunakan simbol pedang, kemarahan, demonstrasi, perang dan sebagainya dalam pendekatan seharian. Tidak kurang juga mengguknakan simbol ala Taliban seperti berpakaian.
Di dalam gereja banyak gambar-gambar bentuk seorang ibu menggendong bayi, gambar lelaki mendukung budak, gambar seorang lelaki yang telah di salib diletakkan di sebelah kiri dadanya (hati) oleh seorang wanita dan juga gambar-gambar kesedihan seorang wanita (lihat gambar pada artikel sebelum ini). Ini semua adalah gambar yang menzahirkan simbol kasih sayang yang mereka perjuangkan.
Begitu juga dengan warna warni, di dalam gereja cukup berwarna warni . di depan, kiri dan kanan gereja penuh dengan warna warni….ini juga menunjukkan simbol warna warni yang mereka perjuangkan. Manakala bagi lagu-lagu pula, dalam gereja terdapat banyak rak-rak buku yang mengandungi lagu-lagu sembahyang. Bukan sedikit, banyak buku lagu, ini juga adalah simbol hiburan yang dekat di hati sasaran mereka.
Tidak hairanlah kenapa banyak penduduk kampung berkepercayaan Pagan berminat untuk memeluk agama Kristian.
Sebenarnya banyak kelemahan kita dari aspek pendekatan dalam berdakwah. Ini baru kita bincangkan soal pendekatan, belum lagi dibincangkan soal kesungguhan masuk ke pendalaman, menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran….patutlah kita ketinggalan….banyak perkara yang perlu kita perbaiki sebelum turun ke medan dakwah yang sebenar…..fikir-fikirkanlah…..
Monday, December 13, 2010
kita masih ketinggalan?

Ramai yang menuduh agama Islam adalah agama yang ketinggalan zaman, sebab banyak negara Islam mundur dan rakyatnya miskin. Sebetulnya sangat tidak adil untuk menilai Islam dengan minilai umat atau negara Islam dimana diambil contoh negara-negara Islam yang mundur dan rakyatnya miskin dan menafikan negara-negara Islam yang moden dan rakyatnya makmur. Kemunduran atau kecemerlangan dalam Islam bukan dilihat daripada segi material semata tetapi mempunyai satu sukatan tertentu seperti tersebut dalam ayat di bawah ini :
Sesungguhnya nikmat kesenangan syurga adalah sebenar-benar kemenangan yang besar (As-Shaaffaat 37).
.
.
Dalam masa yang sama apabila melihat negara bukan Islam adalah diambil contoh negara kristian atau agama lainnya yang maju dengan menafikan negara-negara yang mundur. Sebagai contoh apabila menilai negara islam maka akan dirujuk negara somalia, Afganistan dan Iraq yang mundur dan rakyatnya miskin disebabkan peperangan yang berterusan. Sedangkan terdapat negara Islam yang maju dan makmur seperti Saudi Arabia, Malaysia dan Brunai Darussalam.
.
.
Begitu sebaliknya apabila merujuk negara kristian maka akan dirujuk negara Eropah yang maju dan menafikan negara-negara kristian yang mundur seperti Filipina,dan negara Afrika. Bagitu juga negara Budha maka akan dirujuk negara Hong Kong dan Singapura dengan menafikan Thailand dan kamboja. Dalam meinlai negara Hindu pula akan dirujuk Bombai dengan menafikan Bangladesh.
Sebenranya Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya untuk maju dan berjaya. Buktinya sains yang ada dalam Qur'an selaras dengan sains moden hari ini, padahal masa Islam turun belum ada teknologi secanggih hari ini tetapi Islam telah mencapai kejayaan tersebut. Kemudian Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk mencapai kejayaan seperti disebutkan dalam laungan azan :
Haiya lah Shalah ....Mari menuju kejayaan.
Tidak dinafikan ada sesetangah masyarakat atau negara Islam yang mundur itu sebab mereka tidak mahu mengamalkan ajaran islam bukan disebabkan oleh ajaran Islam. Bahkan umat islam yang mengamalakan Islam secara menyeluruh lebih berjaya. Begitu juga agama lain juga mempunayi umatnya nyang mundur dan tidak berjaya. Islam cukup menggalakkan kemenangan seperti tersebut dalam ayat di bawah :
Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada pada diri mereka (Ar-Ra'ad 13;11).
.
.
Sungguhpun demikian umat Islam tidak akan berubah selagi mereka tidak mahu berusaha untuk merubahnya. Allah memberikan peluang yang sama untuk berjaya adakah Muslim atau bukan Muslim dengan syarat berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut. Sungguhpun demikian Allah telah melantik umat islam sebagai umat yang terbaik seperti disebutkan dalam ayat di bawah :
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu mengajak kepada berbuat baik, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah (Ali-Imran 3;110).
.
.
Posted by Faisal Abdurrahman at 12:00 AM
