MAJLIS Gabungan NGO’s Islam Sabah (CONCERN) yang mewakili seluruh NGO-NGO Islam di Sabah menyokong penuh kenyataan Ketua Pengarah JAKIM dalam Portal Malaysian Insider pada 16 Januari 2010 berhubung isu dua set undang-undang dan peraturan dalam menguatkuasakan soal larangan penggunaan kalimah Allah (satu set untuk Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang dan satu Set untuk negeri-negeri lain di Semenanjung).
Bagaimanapun CONCERN membantah keras kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengenai isu penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak, yang membolehkan kalimah Allah digunakan oleh orang-orang bukan Islam, atas dasar budaya rakyat di Sabah dan Sarawak sudah biasa dengan keadaan berkenaan dan telah dilakukan sejak puluhan tahun.
CONCERN menegaskan bahawa isu dasar dan kritikal yang melibatkan Aqidah umat Islam tidak boleh dilihat dari sudut geografi, budaya dan perundangan kerana pada hakikatnya Islam adalah ajaran agama yang sempurna merentasi lingkungan dan zaman.
Jika dikaji dari segi sejarah, kedatangan Islam di Sabah adalah lebih awal daripada agama Kristian iaitu lebih kurang pada akhir tahun 1300-an. Pendapat ini disokong oleh penemuan manuskrip bertulisan Jawi dalam bahasa Idahan bertarikh 1408M yang ditemui di Kampung Sapagaya, Lahad Datu.
CONCERN amat kecewa terhadap kenyataan Nazri kerana terlalu dangkal tanpa merujuk kepada fakta-fakta yang benar dan berautoriti sebelum mengeluarkan kenyataan.
Kami berpendirian Nazri tidak berhak untuk mewakili masyarakat Islam di Sabah berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Bahkan beliau gagal memahami hati nurani umat Islam di Sabah. Lebih parah lagi kenyataan Nazri itu boleh mengundang kemarahan yang mungkin tidak terkawal .
Nazri sepatutnya sedar bahawa pendirian umat Islam di Sabah adalah sama dengan pendirian umat Islam di Semenanjung termasuk kenyataan beliau yang menolak penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.
Isu kalimah Allah bukan isu politik atau undang-undang, ia adalah isu akidah yang merupakan isu asas dan kritikal bagi umat Islam yang tidak boleh dicabuli oleh mana-mana pihak.
Nazri telah menyemarakkan kembali api kemarahan umat Islam yang hampir reda selepas kenyataan oleh Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun, Pengerusi Jaksa Pendamai Malaysia yang menyeru untuk penarikan semula penggunaan kalimah Allah di Gereja Kristian Katolik.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82 bertarikh 5-7 Mei 2008 mengenai isu tuntutan penganut Kristian Katholik terhadap penggunaan kalimah Allah telah memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Atas dasar itu, perlaksanaannya meliputi seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.
Kami ingin mengingatkan bahawa semua pihak khususnya Kerajaan supaya bertanggungjawab memelihara kemurnian akidah serta menjunjung tinggi kesucian Islam dalam Negara ini mengikut bidang kuasa dan pengaruh masing-masing.
Dalam konteks ini, Kerajaan Malaysia mestilah mempercepatkan pewartaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam di Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang agar tidak ada dua set undang-undang berkaitan dengan isu ini.
NOTA: Kenyataan ini dikeluarkan oleh Haji Sainuri Yahmin, Pengerusi Concern.
Dato’ Dr. Siddiq Fadzil Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Selama berabad-abad negara Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang terbentuk daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu (Malay States) ini durujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi. Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai. Faktor kunci kejayaan ini tidak lain adalah sikap ramah bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekaligus “tuan rumah”. Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini menikmati kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan. Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan, juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini. Memang dalam sejarahnya Negeri-Negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam. Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini. Justeru, kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing. Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya. Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak diusek atau diganggu.
Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka. Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan dan pendirian orang lain. Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam.
Bagi umat Islam Allah adalah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya, Allah selamanya merupakan ultimate concern bagi kaum Muslimin. Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain Allah (Yang Maha Esa). Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-Ism al-A`zam, Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud. Iaadalah nama yang merujuk Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan. Sebagai nama khusus-Nya, ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-`Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain. Kerana kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah lalu disebut asma’u ‘Llah (nama-nama Allah). Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya, Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur. Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai nama khas (`alam) yang tidak dipakai untuk selain-Nya.
Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius. Bagi umat Melayu-Muslim sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap dan muktamad, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”. Penurunan surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta Nabi s.`a.w. memberikan pemerian tentang Tuhannya. Kerana itu surah ini bermula dengan kata Qul (Katakan) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan definisi tentang Allah. Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik, nama yang menolak syirik, dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama Suratu ‘t-Tawhid. Memang ia adalah surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya.Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah “...a Personality”, bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.
Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur’an yang membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani. Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik, termasuk faham al-tathlith atau trinity. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid. Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya, lalu bagaimana mungkin mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung ini dipakai dalam konteks faham syirik.
Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah, para penganut Katolitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa. Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarangisu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif. Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.
Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:
What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution. Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.
Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries. Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes) without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.
Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of a good Catholic education. Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.
It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.
In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision. It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.
The church may do so without any embarrassment to itself. On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever as a monument to its credo, rather than for the blemishes in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia’s majority (http://takemon.wordpress.com/about/).
Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya. Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut. Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”, selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirubah erti dan isinya. Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat pribumi Melayu. Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu dilakukan atas nama “...cultivating the waste and barren soil of the native mind”. Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam. Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.
Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi “perkara masa lalu” yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina kesatuan dalam kepelbagaian. Provokasi-provokasi keagamaan sehausnya dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan. Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman. Fiqh kita mengambilkira `uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke 82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 telah mencapai keputusan seperti berikut :
“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur
penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Institusi penting umat Islam ini mesti mempunyai pendokongnya. Ianya tidak boleh terlalu remote daripada umat. Di khuatiri lambut laun nanti ianya detach daripada umat. Keputusan yang dibuat mesti dipastikan mengakar di kalangan umat. Ianya tidak boleh hanya dihebahkan ketika sesuatu isu berlaku.
-------0000-------
Rasulullah s.a.w lebih 1430 tahun silam,ketika berhadapan dengan kedegilan delegasi agama nasrani yang terusan ingin menyamakan tuhan mereka dengan Allah s.w.t. Hanya dengan ditemani oleh putri, dua orang cucu serta menantu baginda, Rasul s.a.w mengajak mereka melakukan mubahalah.
Tiada hujjah ilmiah, bedah kitab atau debat panjang lebar. Begitulah keberanian dan kehebatan manusia Agung yang tidak teragak-agak mempertahankan kesucian Tuhan yang di imaninya dari diperlekehkan.
Keputusan Mahkamah Tinggi memperlihatkan kekalahan psikologi umat Islam.Kalah di home groundbukan di mahkamah antarabangsa atau di United Nation. Negara yang di sebut Negara Islam. Islam sebagaiagama rasmi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sejauh mana sensitivity dan keprihatinan umat Islam terhadap isu ini. Masih ada yang tidak ambil peduli seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Business as usual, hantar anak sekolah di awal pagi, dan bersesak-sesak pergi kerja . Mahasiswa-mahasiswi sibuk dengan assignment dan aktiviti harian mereka. Manakala bloggers juga sibuk menampilkan cerita peribadi dan aktinviti mereka. Amat kecil yang membahas, membincang atau membantah isu ini. Apa kalimah Allah tidak membawa apa-apa makna kepada kehidupan seorang Muslim? Apa kalimah Allah tidak signifikan dalam peristilahan bahasa Melayu?
Apa kah kita mau melihat nama "Allah" dijadikan subang, loket atau accessories sebagaimana yang selalu kita lihat dipakai oleh selebriti dan artis Nigers antarabangsa. Dari saiz kecil sampai ke saiz yang besar. Dari yang simple sehingga ke bentuk sophisticated. Apa perasaan kita sekiranya melihat nama "Allah" dibawa ke tandas, diletakkan di tempat yang hina dan yang tidak sepatutnya?
Umat Islam telah dikalahkan melebihihatricks. Tidak lama dulu pelajar sekolah berserban dikalahkan di mahkamah. Yang mengkibatkan mereka terpaksa membuka serban atau tinggalkan sekolah. Muslimah berpurdah juga kalah dalam pentas perundangan. Terang-terang menampakkan paradox, Islam sebagai agama rasmi Negara. Human rights atau hak kemanusiaanhanya untuk siapa sebenarnya? Walaupun agama Persekutuan adalah agama Islam namun pada hakikatnya di Malaysia yang selalu mendapat keutamaan ialah agama bukan Islam.
Media Statement By Zainul Rijal Abu Bakar, President, Muslim Lawyers Association of Malaysia.
In the days leading to the decision of the case brought by the Titular Roman Catholic Archbishop applying to use the word Allah in the Malay version of the bible, the Muslim community sat muted whilst being schooled by the non Muslims on their own religion. At the helm of this muted movement were politicians including their ulamas, political alliances and Muslim intellectuals who all agreed that it is permissible for the use of the word Allah in the Catholic weekly Herald publication.
The first effect that we shall see from the decision of the Kuala Lumpur High Court dated 31.12.2009 allowing the Church to use the word Allah in their Malay language publication is the birth of Allah’s son. From now onwards, the Christian God in this new publication shall be referred to as “Allah” and Jesus Christ as “Anak Allah”.
The Muslim calendar, ie the Maal Hijrah for the year 1431 shall be well remembered by all Malaysians as the year where the trinity of Allah accompanied by “Anak Allah” shall be celebrated in the books of the Christians in the mother tongue of the largely Malay muslim populace and marked by the lunar eclipse event. In Surah Al Ikhlas, verse 1-4, Allah says ‘ Say: He is Allah, the One and Only; 2. Allah, the Eternal, Absolute. 3. He begets not, nor is he begotten; 4. And there is none like unto Him.‘
For the unlettered and unschooled in Islam, verse 3 simply means that Allah “does not give birth”, nor is “Allah given birth to”. It is incumbent for all Muslims, both lettered and unlettered, to uphold the sanctity of the concept of monotheism in Islam and never to allow Allah to be portrayed as having the attributes of a human being, the ability to beget a Son of which the echelons of the political community using Islam as their brand name in Malaysia have so easily facilitated and consented.
Those responsible for allowing this event to take place shall have to answer in their graves and in the hereafter for committing the greatest of all sins, “shirk” or polytheism of the highest degree. No argument can justify the usage of “Allah” and “Anak Allah” in any kitab here; yet those in a position to prevent this occurrence has shamelessly come to the defence of The weekly Herald to teach us how to pray to our ONE GOD.
What is the rationale for using the word “Allah” in the Christian books and how does this promote racial integration or even “One Malaysia”? If anything, this event draws the divide between the races even more. It is a deep shame that we have to live with for the rest of our lives, losing a battle that need not have been fought at all. It is not the fault of the Titular Roman Catholic Archbishop that we lost our pride and identity, we are our own doing. The pride of our community today fell due to treachery by those who fought and won political battles using the name of Islam. In the Quran, Allah warns us most of all against people who sell their religion. Allah says in the Quran, “..do not sell my religion for a paltry sum..”. In this case before us, the situation involved is even worse, they sold their religion for free.
1-There is no nas qat’i (conclusive/definitive evidence) from the Quran and the Sunnah on this matter. All the evidences put forward by those who permit it, do not show that it is permissible for non Muslim to use the word Allah. Since there is no conclusive evidence from the Quran and the Sunnah, this matter falls under zanniyyat, something which is based on human discretion. Muslim scholars need to base their argument on historical, epistemological, theological and semantic analysis. There will be right and wrong opinions depend on who has the strong argument. Definitely wisdom and in-depth analysis must be stressed and not just literal interpretation. Although there is no conclusive evidence this does not mean that we cannot reach certainty in dealing with this issue. In this short but concise paper I will provide conclusive arguments which will demonstrate that non Muslim should not be permitted to use the word Allah in any ways to refer to their God even in their publication for their own community. As long as they live in Muslim country they have to respect their Muslim neighbors.
2-Epitemologically, many words, including Allah, solat, wahyu, baytullah etc., that were used before Islam went through the process of Islamization. By giving new meaning to them. The fact is that the word Allah even though it was used before Islam, it has been Islamized. That is the meaning of it is no longer the same as before. By permitting non Muslim to use it we will be responsible for deislamization of this word. We will be reverting the course which was done by our Prophet. Hence, we will be responsible for making more Muslims become confused. Before Islam the name of God (or gods) is not only Allah, there is a lot of gods during the jahiliyyah period. Allah was a general word. The specific names for their gods are al-lata, al-uzza, al-manat etc. when Islam came it gives new meaning to Allah. Islam did not introduce new word so that it will be easier to teach people about God. The word Allah before Islam is no longer the same compared to the one used after Islam has been established in the Arab country. Allah became the proper name and official name of the true God. Just as the word Islam, although literally it means submission it became the official name of a religion. Professor Wan Mohd Nor says that the context of Arabs and the Malay world is different, non Muslim in our land especially did not use the word Allah before this. There is no such word in their language before, in the original work they called their God Yahweh. So why not they call it in Malay Tuhan Yahweh? Therefore, it is evident that this issue is brought to confuse the Muslim community. They wanted Allah become the name of other gods as well. The fact is that the nature of God in Islam is not the same as the nature of God in Christianity. For instance God in Christianity can have son. Such attribution is unacceptable in Islam.
3. When we analyze the use of the word Allah in the Quran there are two forms: general and specific. The verse in surah al-Tawbah: 30 states that Christians say messiah is the son of God and the Jews say that Uzayr is the son of God. It cannot means that they are the son of Allah because in surah al-Ikhlas it states He begetteth not, nor is He begotten. Other oft-quoted verse regarding this issue is: if indeed thou ask them who it is that created the heavens and the earth, they would be sure to say, Allah.(al-Zumar, 39:38). Here the word Allah cannot mean the true God because they don’t know who Allah is simply because no prophet was sent to them. Therefore, the use of Allah here is to mean God in general. Therefore there are two usages of Allah in the Quran, the general one and the specific one. The specific use such as that verily the religion before Allah is Islam (innaddina indaLlahi al-Islam), (Ali Imran: 19). Allah here is not just god but the true God. The Qur'an uses both forms because it is beyond any boundaries. We live in period of Islam and not in Jahiliyyah. Inasmuch as we cannot exchange dua with solat, although solat literally means doa, we also cannot use (or let others use) the word Allah to refer to other god other than Allah.
4-The spirit behind this issue is religious pluralism. They are saying that Muslim God is the same as God in other religion. They wanted to convey that we, Christians and Muslims, have the same God. This is against Islamic creed. Our Aqidah tells us that other god is not the true God (La ilaha ghayruh). When Muslims renounce religious pluralism, it does not mean that we also reject religious tolerance and religious diversity. In fact Muslims are the one who introduce these concept to the world. The charter of Madinah is the conclusive evidence on this.
5-Prof. Wan Mohd Nor also said that there is limit of meaning for each word we use, the word wahyu is not the same as revelation, we cannot say that I receive wahyu, but you can say that in English. I got revelation last night. Obviously they don’t differentiate between wahyu and ilham (intuition). Every word that has been Islamized is understood in the framework of Islamic worldview. Words such as Allah, masjid, salat, wahyu, rasul, ulama, are some words that cannot be used by other religious community and vise versa. Therefore we cannot call our ulama as paderi and masjid to become temple. In masjid you don’t just ask from God, and you don’t worship idol in it. So what we do in a masjid is substantially different from what they do in their holy place. The main reason that you came to masjid is to submit yourself, to obey Him. Therefore, sujud (prostration) is a symbol of submission, this is what sujud means of which the name masjid is derived from.
6- We cannot equate God with Allah. Because the word God is generic and the word Allah is a proper name. There is no plural of Allah as there is plural of God (gods). And you cannot change it to a common noun to become allah (with small a) instead of Allah and yet this is possible to the word god. Therefore when we say la ilaha illallah it does not mean there is no god but God, this does not make sense, rather it means there is no god but Allah. In Islam the word Allah has a very profound meaning. And its definition has been given in surah al-Ikhlas: Say: He is Allah, the One and Only; Allah, the Eternal, Absolute; He begetteth not, nor is He begotten; And there is none like unto Him. Therefore any Deity which does not have the qualities mentioned in this surah is not Allah and should not be called Allah. By equating Allah with God we will make the word Allah shallow in meaning. It is true that ontologically Allah is God for all humanity. This ontological dimension should not be confused with theological and epistemological explanation. It is the use of the word Allah by non Muslim and not the status of Allah itself that of our concern. Non Muslim may acknowledge that God is the Creator, at the Rububiyyah level, but they deny the Uluhiyyah part when they commit shirk and believe in polytheism. A Muslim is the one who submit to Allah in the level of Uluhiyyah. At this level only Muslims recognize that Allah is the one and only true God. And this is the message of tawhid, the message that was corrupted by religions before Islam.
7. If Muslims in other country permit non Muslim to use the word Allah it is a mistake. Muslims in these countries usually do not have the power to stop it. In Indonesia, liberalization of Islam and secularization of Muslim community has long been in place. We in Malaysia are lucky to have a government that takes this matter seriously. Therefore, we must strive hard to prevent the use of Allah by other religious community. And the non Muslim community must understand it is not a quarrel for the sake of a name, but it is about the protection of the Islamic Creed (Aqidah), and this has nothing to do with religious tolerance or intolerance. This is about respecting other religion. Muslims should avoid literal approach of understanding the Quran that is to jump to conclusions base on rough look at some verses in the Quran which seem related with the matter in question. Many extremist groups use some of the Quranic verses to jump into general conclusion that killing non Muslim is legitimate. Such approach will cause a grievous mistake. A serious matter like this issue of the name of Allah needs more than just literal interpretation; it should be based on in-depth analysis and profound research. This method was discussed at some length by al-Ghazzali, al-Shatibi etc. Malaysian Government and its subsidiaries are put on pressure if they do not allow the use of Allah by the Christians. The government will be accused of violating freedom of expression. Evidently, freedom of expression becomes the highest principle, above all considerations including religious and the interests of the people.
The question is do we have to submit to the liberal values propagated by the West? As an independent and sovereign state, we should disregard what others will say if we can prove academically that what we do is the best for our community. As Muslims we should base our values on our religion. Why should we let the West dictates their values on us? Certainly they are not superior in matters such as values, ethics and morality. Even if they do, we have the right to have our own values, our own identity. Dr. Khalif Muhammar
KENYATAAN MEDIA GABUNGAN NGO ISLAM SABAH (CONCERN) BERSAMA PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH (USIA) 3 JANUARI 2010 (AHAD PEJABAT USIA KOTA KINABALU
ISU PENGGUNAAN KELIMAH ALLAH OLEH PENGANUT KRISTIAN
Berhubung Keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly. Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dengan ini membuat ketetapan seperti berikut:-
1. Kami dengan tegas menzahirkan kekecewaan terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi bersabit isu ini. 2. Kami berpendapat bahawa masyarakat Islam secara keseluruhannya mengakui nama Allah hanyalah untuk orang Islam sahaja yang selama ini menjadi sinonim dengan masyarakat Islam di Malaysia 3. Kami menyeru agar Rayuan di Mahkamah rayuan dipercepatkan bagi tindakan dan pembelaan sewajarnya demi memastikan kesucian Islam di Malaysia terpelihara dan agar isu ini tidak berpanjangan. 4. Keputusan Mahkamah Tinggi di khuatiri akan menyebabkan keadaan tidak stabil dan perpecahan di kalangan masyarakat Malaysia. 5. Kami secara tegas menyokong Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang mencapai keputusan bahawa lafaz "Allah" merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam. Kandungan itu berbunyi: "Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain. 6. Kami menyeru agar Keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung isu ini perlu di ikuti dan dipatuhi. 7. Kami menyeru agar pihak berwajib mangambil satu tindakan yang bijaksana supaya penggunaan nama Allah tidak digunakan dengan sesuka hati selain daripada Islam. 8. Kami dengan tegas berpendapat bahawa kalimah Allah tidak bersesuaian digunakan di tempat-tempat ibadah selain tempat ibadah agama Islam. 9. Menggunakan kalimah Allah di tempat ibadah selain Ibadah agama Islam akan membuatkan masyarakat Islam marah kerana ia dikira sebagai menyekutukan Allah dan bercanggah dengan prinsip nama Allah itu dan juga aqidah Islam. 10. Kami akan membuat seminar di seluruh Sabah bagi menerangkan kepada masyarakat Islam tentang isu ini.
Sidang Media CONCERN dan USIA ini disertai oleh :- 1. PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH (USIA) 2. WADAH PENCERDASAN UMAT (WADAH) 3. ANGKATAN BELIA ISLAM SABAH (ABIM) 4. JEMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) 5. PERTUBUHAN KEBAJIKAN SAUDARA KITA (SAHABAT) 6. PERSATUAN LELUHUR MELAYU BUGIS SABAH (KECAPI) 7. SISWAZAH MUDA ABIM (SISMA)
CONCERN adalah sebuah badan gabungan NGO Islam dan beraspirasikan Islam yang ditubuhkan sebagai planform perjuangan mewakili masyarakat Islam di Sabah. Kewujudan CONCERN adalah sebagai satu kepaduan suara dan tindakan dalam menangani sesuatu isu berkaitan dengan Islam. CONCERN menaungi 15 NGO Islam dan beraspirasikan Islam yang berpusat di Kota Kinabalu.